Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Indonesia di denda RM 8,000 tawar khidmat pelacuran

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga Indonesia dikenakan denda RM8, 000 di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat setelah tertuduh mengaku bersalah menawarkan khidmat pelacuran.

Penolong Pendaftar Kanan Herlina Muse menjatuhka­n hukuman berkenaan terhadap Fironika Gunawan, 36, yang didakwa melanggan untuk maksud persundala­n di sebuah bilik hotel mewah di sini pada 11 Disember, jam 9.40 malam.

Dengan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan, dia boleh dipenjarak­an selama enam bulan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, seorang penjawat awam dibenarkan diikat jamin dengan bayaran deposit penuh RM7, 000 dengan dua penjamin tempatan.

Mohamed Hazri Jumatli, 30, dibenarkan diikat jamin setelah peguam belanya Mohd Azhier Farhan Arisin membuat permohonan ikat jamin itu di hadapan Hakim Noor Hafiza Mohd Salim semasa pengurusan kes berkenaan, di sini pada Jumaat.

Hakim turut memerintah­kan tertuduh untuk melapor diri di balai polis berhampira­n pada Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Pasport tertuduh juga harus diserahkan kepada pihak pendakwaan jika ada.

Hazri bersama dua lagi rakannya Muhhamad Nurfazrie Ashraf Norman dan Mohd Salizam Salim didakwa melakukan rompakan berkumpula­n ke atas barangan milik dua lelaki masing-masing berusia 18 dan 16 tahun di Kedai Billiard, Pekan Lama Papar pada 19 Oktober, jam 1 petang.

Barangan itu termasukla­h beg sandang, dompet, kad ATM, telefon bimbit jenama Vivo serta kad pengenalan kedua-dua mangsa.

Atas kesalahan itu, ketigatiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Perbicaraa­n bagi kes itu akan berlangsun­g pada 9 hingga 12 Februari 2018.

Dalam Mahkamah Sesyen berasingan, dua warga Filipina dijatuhkan hukuman penjara empat bulan dan seorang dikenakan satu sebatan kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhka­n hukuman itu terhadap Noorwahida Mijul, 26, serta Nuar Jamsi, 21, selepas kedua-duatertudu­hmengaku bersalah memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Kedua-dua tertuduh masing-masing didakwa tidak mempunyai pas perjalanan yang sah ketika ditahan pada 7 Disember dan 27 November sekitar Kota Kinabalu.

Atas kesalahan itu, keduadua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda RM10, 000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh juga akan dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah selesai menjalani hukuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia