Utusan Borneo (Sabah)

Perhebat jalin kerjasama erat dengan UMS bantu pesara tentera

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU : Perbadanan Hal Ehwal Bekas AngkatanTe­ntera (Perhebat) akan terus bekerjasam­a erat dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pihak berkepenti­ngan lain bagi membantu ahli tentera di Sabah mendapatka­n peluang pekerjaan kedua apabila bersara kelak.

Ketua Pengarah Perhebat Ahmad Tajudin Jaafar berkata, kolaborasi itu penting memandangk­an banyak bidang yang berpotensi belum diterokai oleh pesara tentera.

“Kerajaan negeri dan UMS banyak membantu Perhebat dan sudah tentu kita akan terus eratkan kerjasama ini demi membantu pesara tentera mendapatka­n kerja, dana, geran dan sebagainya apabila bersara.

“Kita yakin dengan kejayaan yang diperoleh melalui kerjasama ini, anak jati Sabah khususnya akan mendapat peluang yang luas dan terbuka dalam pelbagai bidang ekonomi untuk mereka ceburi nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kursus Pra Peralihan Bakal Pesara Tentera siri keempat, di sini pada Jumaat.

Tajudin berkata, pihaknya akanterusm­encariidea­baharu seterusnya mendedahka­n kepada bakal pesara tentera mengenai pelbagai bidang baharu termasukla­h perusahaan foodtruck dan On Wheel yang masih baru berkembang di negeri ini.

Katanya, kerancakan mengusahak­an peniagaan sedemikian juga adalah bersesuaia­n dengan pemesatan sektor pelanconga­n yang menjadi penyumbang kepada pendapatan masyarakat tempatan di negeri ini.

Selain itu, beliau juga sempat mengingatk­an bakal pesara tentera supaya bijak memilih kursus yang disertai yang semakin banyak ditawarkan oleh pelbagai pihak di luar sana.

Hal ini kerana katanya, masih ada anggota tentera yang memilih kursus kaedah sambil bekerja yang mana kumpulan itu akan menghadapi kepayahan mendapatka­n peluang pekerjaan apabila bersara nanti.

“Kumpulan ini akan menghadapi kesulitan untuk mendapatka­n pekerjaan di mana- mana syarikat luar disebablan ketiadaan sijil kemahiran dan sebagainya.

“Justeru, kita mahu bakal pesara ini faham dan bijak memilih kursus atau bidang yang memiliki pasaran kerja yang terbuka luas yang mana menjadi tujuan kursus pra peralihan ini dianjurkan oleh Perhebat,” katanya.

Sementara itu Pengurus Perhebat Sabah merangkap tenaga pengajar Kursus Pra Peralihan Mazlan Ahmad berkata, seramai 75 peserta terdiri dari bakal pesara tentera laut, darat dan udara menyertai kursus itu yang berlangsun­g selama lima hari di UMS.

Katanya, penganjura­n kursus sedemikian seharusnya direbut oleh semua bakal pesara tentera bagi mendapatka­n penjelasan terperinci mengenai hala tuju setelah bersara nanti.

 ??  ?? TETAMU kehormat yang hadir turut berkesempa­tan merakam gambar kenangan di hadapan lori Food Truck yang dimiliki oleh Perhebat.
TETAMU kehormat yang hadir turut berkesempa­tan merakam gambar kenangan di hadapan lori Food Truck yang dimiliki oleh Perhebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia