Utusan Borneo (Sabah)

Program Landskap Perbandara­n Tawau capai 30 peratus siap

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kerja-kerja pembinaan projek mega Program Landskap Perbandara­n yang bernilai RM10 juta di Bandar Tawau kini mencapai tahap 30 peratus siap.

Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) Aftar Nurajat berkata kerja-kerja menyiapkan­nya berjalan lancar dan mampu disiapkan pada Jun 2018 mengikut jadual.

“Namun diakui masih ada kekangan dalam beberapa aspek yang perlu diselesaik­an oleh pemaju dan ada juga yang memerlukan bantuan di pihak MPT,” katanya, di sini pada Jumaat.

Aftar berkata, antara aspek yang memerlukan perhatian lanjut berhubung gerai buah-buahan dan kes-kes kecurian peralatan binaan yang berlaku di tapak projek terbabit.

Menurutnya, program berkenaan berpotensi menjadi mercu tanda baharu di Tawau yang boleh dibanggaka­n oleh warganya serta mencantikk­an lagi landskap bandar ini.

“Namun kini timbul persoalan baharu pula, sedangkan belum siap sudah ada kes kecurian berlaku di tapak projek, bagaimana pula apabila sudah siap nanti?,” katanya.

Beliau berkata, setiap warga Tawau mempunyai tanggungja­wab dan peranan untuk memastikan projek itu dapat direalisas­ikan bersama tanpa ‘tangan-tangan nakal’.

Sehubungan itu, anggota masyarakat di daerah ini diseru supaya dapat memastikan fasiliti baharu itu dijaga dengan baik untuk kemudahan dan manfaat bersama apabila siap kelak.

Untuk rekod, projek ini antara projek mega di Tawau selain Pusat Transforma­si Bandar (UTC), projek menaik-taraf Hospital Tawau dan empangan air di Gudang Empat.

Projek landskap terbabit dijangka siap dalam tempoh dua tahun dan salah satu bandar perintis yang terpilih di negara ini selain Bintulu, Alor Setar, Batu Pahat dan Pekan.

 ??  ?? PERSIARAN Traulsen akan turut berubah wajah sebaik Program Landskap Perbandara­n Tawau disiapkan.
PERSIARAN Traulsen akan turut berubah wajah sebaik Program Landskap Perbandara­n Tawau disiapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia