Utusan Borneo (Sabah)

PPS Kota Belud tutup sepenuhnya

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA BELUD: Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah ditutup bermula jam 9 pagi Jumaat berikutan keadaan banjir mula pulih di sini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata mangsa banjir juga sudah dihantar pulang ke rumah masing-masing dengan bantuan kenderaan agensi keselamata­n.

“PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Said ditutup secara rasminya jam 12.30 tengah hari dan 176 mangsa dihantar pulang menggunaka­n kenderaan agensi keselamata­n.

“Sebahagian daripada mangsa banjir di PPS SMK Taun Gusi II turut dihantar balik berikutan keadaan banjir yang sudah surut di perumahan masing-masing,”

banjir menaiki kenderaan agensi keselamata­n untuk balik ke rumah masing-masing.

katanya sambil menambah PPS terbabit ditutup secara rasminya jam 2.10 petang.

Izaimi berkata PPS di Dewan Mini Serbanguna Membakut bertambah kepada 99 orang daripada 98 sebelum ini berikutan kawasan rumah mangsa yang masih digenangi air.

“99 mangsa yang dipindahka­n ke PPS di Membakut termasukla­h dari Kampung Takapan, Bingkulas, Jambatan Baru, Papas, Baitam, Lumantak, Kayai dan Dungau.

“Meskipun keadaan banjir sudah mula surut di kebanyakka­n kawasan di daerah terjejas, anggota APM masih melakukan pemantauan berterusan bagi persediaan menghadapi sebarang kecemasan,” katanya.

 ??  ?? MANGSA
MANGSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia