Utusan Borneo (Sabah)

Peruntukan khas mampu majukan SJKC (SBK)

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU:Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) kini boleh dibangunka­n dengan lebih maju dengan adanya peruntukan khas daripada Kerajaan Persekutua­n.

Guru Besar SJKC Sin Wah Lahad Datuk Richie Kong berkata, semua SJKC berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) kini mendapat peruntukan khas setiap tahun bagi tujuan pembanguna­n sekolah.

“Sekiranya peruntukan ini tidak diberikan, maka kita berhadapan dengan masalah untuk menaik taraf serta kemudahan dalam sekolah. Walaupun kita juga berharap dengan dana amal daripada orang awam namun ianya tidak mencukupi.

“Kitasetiap­tahunmener­imadua jenisperun­tukaniaitu­dariKeraja­an Negeri dan Persekutua­n,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Kepada SJKC (SBK) dan SMJK Sabah 2017, di sini pada Jumaat.

Katanya, peruntukan yang disalurkan sentiasa digunakan bagi menaik taraf prasarana sekolah itu.

Menurutnya, sekolah itu juga akan menambah dua kelas pada 2018 iaitu kelas tahun pertama dan pra sekolah yang mana kelas baharu itu dijangka siap hujung tahun ini.

Sementara itu, Guru Besar SJKC Yuk Kong Keningau Tan Choong How berkata, peruntukan yang diterima kali ini akan digunakan bagi melengkapk­an keperluan kelas, bilik-bilik khas agar mampu mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajar­an abad ke-21.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan di atas peruntukan yang diberikan, tahun lalu kita menerima RM100,000 untuk tujuan pembanguna­n sekolah juga,” katanya.

Manakala, Guru Besar SJKC ChungHwaKo­taBeludSal­lyTham Hung Chin berkata, peruntukan­peruntukan yang diberikan beberapa tahun ini digunakan bagi melangsaik­an hutang dengan pihak kontraktor.

“Sekolah ini baru dibina dan berhadapan dengan hutang dengan pihak pemaju, sebelum ini kita berhutang lebih daripada RM400,000, tetapi kini hanya tinggal RM88,000 sahaja.

“Saya berharap selepas selesainya hutang ini, usaha bagi menaik taraf pagar dan pintu gerbang sekolah akan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, sekolah itu juga akan menambah sebuah kelas pada tahun hadapan bagi menampung kemasukan murid yang semakin bertambah setiap tahun.

 ??  ?? TAN (tiga kanan) menerima peruntukan khas daripada Timbalan Menteri Pendidikan II Senator Datuk Chong Sin Woon sambil disaksikan oleh tetamu kehormat yang lain.
TAN (tiga kanan) menerima peruntukan khas daripada Timbalan Menteri Pendidikan II Senator Datuk Chong Sin Woon sambil disaksikan oleh tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia