Utusan Borneo (Sabah)

Pencapaian, mutu atlet meningkat

Terbukti melalui rekod baharu yang berjaya dicipta dalam SAGA ke-8

-

SANDAKAN: Prestasi pencapaian dan mutu para atlet di negeri ini semakin meningkat dan berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, ia boleh dilihat menerusi beberapa rekod baharu yang telah dicipta dalam Sukan Sabah (SAGA) ke-8 Sandakan 2017 antaranya sukan memanah dan olahraga bagi kategori lelaki dan wanita.

“Seperti mana kita sedia maklum, SAGA adalah merupakan program pembanguna­n sukan jangka panjang selaras dengan Dasar Sukan Negeri Sabah dan Dasar Sukan Negara bertujuan untuk mencungkil dan mengenalpa­sti lebih ramai lagi atlet yang berpotensi daripada akar umbi untuk dipilih mewakili negeri dan negara ke kejohanan kebangsaan dan antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan untuk Majlis Perasmian Penutupan SAGA ke-8 Sandakan 2017 di Kompleks Sukan Sandakan pada Jumaat.

Tawfiq diwakili Pembantuny­a, Datuk Masiung Banah pada perasmian penutupan itu.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah, Datuk Haji Awang Damit Awang Anak, Timbalan

Seperti mana kita sedia maklum, SAGA adalah merupakan program pembanguna­n sukan jangka panjang selaras dengan Dasar Sukan Negeri Sabah dan Dasar Sukan Negara bertujuan untuk mencungkil dan mengenalpa­sti lebih ramai lagi atlet yang berpotensi daripada akar umbi untuk dipilih mewakili negeri dan negara ke kejohanan kebangsaan dan antarabang­sa. DATUK TAWFIQ ABU BAKAR TITINGAN Menteri Belia dan Sukan Sabah

Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan, Haji Mohd Hamsan Awang Supain, Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah, Datuk Loius Rampas, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Terrance Edward Pudin dan Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah, Datuk Penyuki Matta.

Selain beberapa rekod baharu dicatatkan, Tawfiq berkata banyak peristiwa dan sejarah telah dicipta sepanjang SAGA ke-8 yang berlangsun­g di Sandakan bermula 7 Disember lepas.

Katanya, ramai pihak telah menyatakan bahawa SAGA ke-8 pada kali ini merupakan antara penganjura­n SAGA yang terbaik.

“Ia terbukti menerusi majlis perasmian pembukaan yang berlangsun­g dengan penuh meriah. Begitu juga di venuevenue pertanding­an dan di tapak-tapak karnival SAGA dimana sambutan masyarakat amat menggalakk­an,” jelasnya.

SAGA ke-8 Sandakan 2017 yang berlangsun­g dari 7 hingga 15 Disember telah menutup tirainya dan Keningau akan menjadi tuan rumah bagi edisi akan datang.

 ??  ?? RAIH EMAS: Pasukan Kudat bimbingan jurulatih Jul Adsmin Bayan meraih pingat emas acara sepak takraw berpasukan wanita selepas menewaskan Keningau 2 -1 pada perlawanan akhir Sukan Sabah (SAGA) Ke-8, 2017 di Sandakan.
RAIH EMAS: Pasukan Kudat bimbingan jurulatih Jul Adsmin Bayan meraih pingat emas acara sepak takraw berpasukan wanita selepas menewaskan Keningau 2 -1 pada perlawanan akhir Sukan Sabah (SAGA) Ke-8, 2017 di Sandakan.
 ??  ?? AKHIRNYA EMAS: Pasukan bola tampar daerah Semporna muncul juara baru acara bola tampar Sukan Sabah (SAGA) Ke-8, 2017 yang berlangsun­g di Dewan Serbaguna Bandar Sibuga Jaya (Batu 8) Sandakan. Semporna menewaskan Tambunan 2 – 1 pada perlawanan akhir dan...
AKHIRNYA EMAS: Pasukan bola tampar daerah Semporna muncul juara baru acara bola tampar Sukan Sabah (SAGA) Ke-8, 2017 yang berlangsun­g di Dewan Serbaguna Bandar Sibuga Jaya (Batu 8) Sandakan. Semporna menewaskan Tambunan 2 – 1 pada perlawanan akhir dan...
 ??  ?? HADANG: Pemain regu A Beluran (jersi1)melakukanh­adanganbol­a terhadap libasan yang dilakukan pemain killer pasukan Papar pada perlawanan akhir sepak takraw Sukan Saga (SAGA) Ke-8, 2017 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Komuniti Libaran di pekan Muhibah,...
HADANG: Pemain regu A Beluran (jersi1)melakukanh­adanganbol­a terhadap libasan yang dilakukan pemain killer pasukan Papar pada perlawanan akhir sepak takraw Sukan Saga (SAGA) Ke-8, 2017 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Komuniti Libaran di pekan Muhibah,...
 ??  ?? MENDEBARKA­N: Perlawanan akhir bola tampar lelaki berlsangun­g sengit dan mendebarka­n di Dewan Serbaguna Bandar Sibuga Jaya (BAtu 8) Sandakan. Semporna menewaskan Tambunan 2 – 1.
MENDEBARKA­N: Perlawanan akhir bola tampar lelaki berlsangun­g sengit dan mendebarka­n di Dewan Serbaguna Bandar Sibuga Jaya (BAtu 8) Sandakan. Semporna menewaskan Tambunan 2 – 1.
 ??  ?? CIPTA SEJARAH: Daerah Beluran mencipta sejarah apabila muncul juara sekali gus meraih emas tunggal dalam acara sepak takraw berpasukan lelaki Sukan Sabah (SAGA) Ke-8, 2017 yang berakhir petang Jumaat di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Komuniti Libaran,...
CIPTA SEJARAH: Daerah Beluran mencipta sejarah apabila muncul juara sekali gus meraih emas tunggal dalam acara sepak takraw berpasukan lelaki Sukan Sabah (SAGA) Ke-8, 2017 yang berakhir petang Jumaat di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Komuniti Libaran,...
 ??  ??
 ??  ?? GANGSA: Pasukan Nabawan berjaya meraih pingat gangsa acara bola sepak lelaki pada perlawanan penentuan merebut tempat ketiga di Padang Politeknik Sandakan. Nabawan menewaskan Tuaran 2 – 0.
GANGSA: Pasukan Nabawan berjaya meraih pingat gangsa acara bola sepak lelaki pada perlawanan penentuan merebut tempat ketiga di Padang Politeknik Sandakan. Nabawan menewaskan Tuaran 2 – 0.
 ??  ?? EMAS WANITA: Pasukan Kota Belud meraih pingat emas acara sukan bola tampar wanita Sukan Sabah (SAGA) Ke-8, 2017 di Sandakan. Kota Belud menewaskan Sandakan 2 – 1 pada perlawanan akhir.
EMAS WANITA: Pasukan Kota Belud meraih pingat emas acara sukan bola tampar wanita Sukan Sabah (SAGA) Ke-8, 2017 di Sandakan. Kota Belud menewaskan Sandakan 2 – 1 pada perlawanan akhir.
 ??  ?? MASIUNG (tiga, kiri) ketika menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Sukan Sabah (SAGA) ke-8 Sandakan 2017 di Kompleks Sukan Sandakan.
MASIUNG (tiga, kiri) ketika menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Sukan Sabah (SAGA) ke-8 Sandakan 2017 di Kompleks Sukan Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia