Utusan Borneo (Sabah)

Syazwan sasar satu piala bersama Perak musim depan

-

IPOH: Pemain pertahanan Perak, Muhammad Syazwan Zaipol Bahari meletakkan sasaran untuk membantu skuad The Bos Gaurus merangkul sekurang-kurangnya satu piala dalam liga bola sepak Malaysia musim depan. Beliau berkata sasaran itu dianggap realistik walaupun sedar pasukan lain yang bersaing turut melakukan persiapan rapi.

“Saya akan berikan yang terbaik dansemesti­nyaakanber­usahauntuk merebut tempat dalam kesebelasa­n utama sekali gus membawa Perak menjulang sekurang-kurangnya satu piala,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaia­n Skim Insentif Kemenangan Atlet Negeri Perak dan Program Satu Pingat, Satu Pokok Sukan SEA dan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 di Bulatan Amanjaya, Meru di sini pada Jumaat yang disempurna­kan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Pada majlis itu, Muhammad Syazwan menerima insentif bernilai RM750 selepas berjaya membantu skuad bola sepak Malaysia merangkul pingat perak di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Pada musim lalu, beliau yang dipinjamka­n Perak ke PKNP FC berjaya membantu pasukan tersebut menduduki tempat ketiga saingan Liga Perdana, selain layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Kata Muhammad Syazwan, beliau masih belum berkesempa­tan berjumpa jurulatih Perak, Mehmet Durakovic kerana giat menjalani latihan bersama skuad bawah 23 tahun negara bagi menghadapi Kejohanan Piala Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun di China, Januari tahun depan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia