Utusan Borneo (Sabah)

Guardiola tuntut pasukannya tidak hilang fokus

-

SWANSEA, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menuntut pasukannya tidak hilang fokus selepas mencipta sejarah memenangi 15 perlawanan Liga Perdana Inggeris berturut-turut Rabu lepas.

Guardiola memberikan pujian kepada pasukannya selepas membelasah Swansea City 4-0 untuk mencipta rekod baharu kemenangan berturuttu­rut dalam liga.

Kemenangan itu mengatasi rekod dikongsi bersama dengan Arsenal (14 kemenangan) dalam liga elit, dicipta dalam dua musim pada 2002, dan Guardiola berkata pemainnya tidak mahu berhenti sekarang.

“Saya berasa sangat gembira kerana tugas kami bergantung kepada jika kami menang, jadi jika kami menang, kami gembira dengan kehidupan dan dalam tugas kami,” kata beliau, dengan pasukannya kekal 11 mata di singahsana liga berbanding pencabar terdekat.

“Dalam sejarah, ada perkara hebat seperti Liverpool dalam tahun 1980an dan Manchester United dengan Sir Alex Ferguson atau Chelsea dengan Jose Mourinho. Ada beberapa pasukan yang hebat.

“Tetapi kami adalah pasukan pertama mencipta 15 kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana pada peringkat liga yang benar-benar sukar.”

City memerlukan kemenangan lewat dalam beberapa perlawanan tetapi Guardiola berkata ia hanya menggambar­kankeazama­npasukanny­a untuk menang.

“Sudah tentu kami bernasib baik pada beberapape­rlawananda­nmenjaring­kan gol kemenangan pada lewat permainan. Sebagai contoh perlawanan menentang Bournemout­h,” kata beliau.

“Tetapi ia amat bermakna dari segi kepercayaa­n dan keazaman untuk menang berulang kali.”

David Silva menjaringk­an dua gol pada perlawanan menentang Swansea dan Guardiola memuji pemain tengahnya itu kerana dahagakan gol selepas menjaringk­an empat gol dari tiga perlawanan terakhir.

“Beliau pemimpin sebenar dari segi tidak takut mencari peluang dalam padang dan saya berasa sangat gembira kerana saya sering bercakap dengan beliau dan berkata: ‘kamu harus menjaringk­an gol,’” kata Guardiola.

Pengurus Swansea, Paul Clement mengakui pasukannya tidak mampu mencabar pendahulu liga, dengan dua lagi gol dijaringka­n Kevin de Bruyne dan Sergio Aguero tetapi walaupun memberikan pujian yang tinggi kepada City, beliau berkata pasukannya harus menyalahka­n diri mereka di atas kekalahan teruk ini.

“Untuk menerima kekalahan seperti ini adalah sukar,” kata Clement dengan pasukannya kekal di tangga terbawah liga.

“Kami tahu ia adalah perlawanan yang sukar tetapi saya harus berkata mereka adalah pasukan terbaik yang pernah kami hadapi.

“Mereka melakukan perkara asas dalam bola sepak dan menyukarka­n anda. Ia kemenangan selesa untuk mereka tetapi saya merasakan kami bermain terlalu pasif, terlalu memberikan penghormat­an kepada mereka dan tidak cukup agresif.” — AFP LIVERPOOL, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan beliau tidak akan mengubah polisi penggilira­n pemain selepas keputusan beliau melakukan enam pertukaran dari kesebelasa­n utama membawa padah apabila seri tanpa jaringan dengan kelab tercorot, West Bromwich Albion.

Klopp mendakwa Liverpool tidak bernasib baik kerana dinafikan kemenangan apabila gol Dominic Solanke tidak dibenarkan pengadil kerana bola dikatakan terkena tangan ketika berbaki lapan minit perlawanan di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris Rabu lepas.

Pembatalan gol Solanke menjadi topik hangat tetapi apa yang lebih hangat sebelum ialah keputusan Klopp mengubah pasukannya yang diikat 1-1 oleh Everton Ahad lepas.

Klopp menurunkan semula Philippe Coutinho dan Roberto Firmino selepas bermula di bangku simpanan ketika menentang Everton, untuk membentuk jentera serangan berbisa bersama-sama Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Beliau juga meletakkan Emre Can dan Georginio Wijnaldum di bahagian tengah, menurunkan Trent Alexander-Arnold untuk menggantik­an Joe Gomez di pertahanan kanan dan menggantik­an Simon Mignolet dengan Loris Karius di pintu gol.

Klopp berkata Mignolet direhatkan sebagai langkah berjaga-jaga selepas mengalami sedikit kecederaan ketika menentang Everton dan berkata beliau merasakan beliau telah menurunkan skuad yang berupaya untuk mencapai kemenangan. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia