Utusan Borneo (Sabah)

Keningau juara baharu SAGA

Mengumpul 31 pingat emas, 26 perak dan 19 gangsa untuk terus kekal di tangga teratas

-

SANDAKAN: Keningau memberi amaran bahawa mereka adalah jaguh apabila menjadi salah satu tuan rumah bersama SAGA 2019 apabila muncul juara baharu keseluruha­n pada SAGA VIII 2017 Sandakan yang berakhir pada Jumaat.

Sehingga jam tujuh semalam, Keningau telah mengumpul 31 pingat emas, 26 perak dan 19 gangsa untuk terus kekal di tangga teratas yang dihuninya sejak hari pertama pertanding­an.

Jumlah itu tidak dapat dipintas pasukan lain lagi dengan baki pingat emas yang belum dimasukkan dalam carta hanya enam.

Bakienampi­ngatemasya­ng belum dimasukkan dalam carta itu mungkin hanya akan mengubah kedudukan pasukan di tangga kedua hingga keempat.

Di tangga kedua adalah pasukan tuan rumah Sandakan, dengan 24 emas, 19 perak dan 21 gangsa dan ketiga Kota Kinabalu (22e, 16p, 31g) manakala Tawau di tangga keempat (21e, 27p, 25g).

Carta itu baru melibatkan 189 pingat emas, 189 perak dan 271 gangsa daripada keseluruha­n 195 emas, 195 perak dan 265 pingat gangsa yang ditawarkan.

Lebih 4,000 atlet dari 26 pasukan daerah mengambil bahagian pada sukan dwi tahunan terbesar Sabah yang telah pertanding­annya bermula 7 Disember, persamian pembukaan pada 10 Disember dan perasmian penutupan semalam.

Sebagai rekod, SAGA diperkenal­kan pada 2003 dan pertanding­annya melibatkan antara zon sehingga SAGA III 2007.

Zon Pantai Barat juara hatrik tiga edisi SAGA berkenaan yang kemudianny­a diubah kepada pertanding­an antara daerah bermula 2009.

Kota Kinabalu dominasi juga dengan gelaran juara keseluruha­n pada 2009, 2011, 2013 dan 2015 sebelum Keningau muncul juara baharu edisi kali ini.

Keninau akan menjadi tuan rumah bersama dengan Tambunan dan Tenom pada SAGA Kesembilan 2019.

 ??  ?? Laporan oleh VITALIS G. BINGKASAN, YUSOP TEPPO, NOORASVILL­A MUHAMMA, NORWAHIDA YAMALUDDIN & SALMAN ABADI
Laporan oleh VITALIS G. BINGKASAN, YUSOP TEPPO, NOORASVILL­A MUHAMMA, NORWAHIDA YAMALUDDIN & SALMAN ABADI
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia