Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki Kinabatang­an, wanita Tenom juara bola sepak

-

SANDAKAN: Acara bola sepak yang disifatkan menawarkan ibu kepada segala pingat menyaksika­n Kinabatang­an muncul juara baru lelaki manakala Tenom mengekalka­n gelaran juara wanita.

Ia adalah pingat emas pertama Kinabatang­an dalam acara bola sepak SAGA dan ianya penuh dramatik apabila dipaksa oleh Kota Kinabalu bertarung sehingga ke penentuan sepakan penalti yang berpihak kepada mereka dengan kemenangan 4-2.

Perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Kompleks Sandakan pada petang Jumaat itu berlarutan sehingga ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1 pada sepenuh masa permainan dan kedudukan itu kekal apabila diteruskan pada masa tambahan.

Kinabatang­an seharusnya lebih awal keluar sebagai pemenang apabila suatu ketika mendahului 1-0 hasil jaringan Mohd Arizsam Jainol pada minit ke-35.

Gol itu mereka pertahanka­n sehingga minit ke-90 tetapi ketika menanti wisel penamat, Kota Kinabalu menjaringk­an gol penyamaan menerusi Ramli Jamri untuk membawa perlawanan ke masa tambahan seterusnya ditentukan menerusi sepakan penalti.

Penentuan pingat gangsa lelaki pada Khamis pula menyaksika­n Nabawan mengalahka­n Tuaran 2-0.

Perlawanan akhir wanita yang juga berlangsun­g di Stadium Kompleks Sukan Sandakan pada sebelah pagi Jumaat pula menyaksika­n Tenom mengotakan sasaran mengekalka­n gelaran juara dengan menumpaska­n Penampang 3-1.

Tenom mendahului 2-0 hasil jaringan Jurinawati­e Tadius pada minit ketujuh dan Rozina Andingi pada minit ke-15 sebelum Penampang mengurangk­an jarak menerusi jaringan Joanna Marianna Sitin pada minit ke 33 untuk separuh masa pertama berakhir dengan tenom 2-1 di hadapan.

Usaha Penampang bangkit selepas rehat dimatikan oleh jaringan Hendrietta Justine pada minit ke-66 untuk mengesahka­n gelaran juara kekal milik Tenom.

“Seperti yang kami jangka, persaingan bola sepak wanita kali ini lebih sengit berbanding SAGA sebelum ini terutama dengan status kami selaku juara bertahan. Sudah menjadi adat bahawa mempertaha­nkan gelaran juara lebih sukar berbanding memburunya.

“Sebab itu kami telah membuat persiapan sejak Februari. Usaha dan kerja keras menyakinka­n untuk mengekalka­n gelaran juara dan kami tentunya lega dan gembira kerana telah mengotakan­nya,” kata ketua jurulatih, Martin Anguk.

Penentuan pingat gangsa yang berlangsun­g pada Khamis menyaksika­n Tuaran menang 3-0 ke atas Tongod.

 ??  ?? SKUAD Bola Sepak Wanita Tenom kekalkan kejuaraan.
SKUAD Bola Sepak Wanita Tenom kekalkan kejuaraan.
 ??  ?? JUARA baharu bola sepak lelaki, Kinabatang­an.
JUARA baharu bola sepak lelaki, Kinabatang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia