Utusan Borneo (Sabah)

Rapatkan hubungan kekeluarga­an dan keturunan Tompizos

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Presiden Persatuan Suku Dusun Tompizos Sabah (PSDTS), Prof Madya Edwin Laimin berkata, misi dan visi persatuan ini adalah merapatkan hubungan kekeluarga­an serta keturunan Tompizos untuk menjadi satu identiti yang memelihara adat istiadat keturunan.

Katanya, selain itu bagi meningkatk­an taraf pengetahua­n, pendidikan dan kemahiran dalam kalangan ahli dan generasi akan datang agar setanding dengan bangsa-bangsa yang lain di negeri ini.

Pada masa yang sama katanya, menganjurk­an aktiviti bercorak kebudayaan bagi memelihara tradisi kebudayaan keturunnya.

“Suku kaum Dusun Tompizos tergolong dalam gugusan kaum Kadazan Dusun disebabkan perkongsia­n adat resam, cara hidup dan bahasa yang hampir sama,” katanya semasa berucap di majlis pelancaran PSDTS yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Majlis pelancaran persatuan itu telah disempurna­kan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup yang turut dihadiri oleh Puan Sri Malinda Kurup dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup.

Edwin berkata, istilah Tompizos asalnya dari penempatan asal mereka yang mana terdapat banyak ulat bulu yang dipanggil tompizos dalam bahasa Kadazandus­un.

Menurut beliau, kampung Tompizos/Tampios ini terletak berhampira­n dengan Tugu Nunuk Ragang di Jalan Ranau-Telupid.

Katanya, suku ini banyak menetap di daerah Keningau, Tongod, Sandakan dan Ranau namun sebahagian generasi suku kaum ini tinggal di kawasan lain atas faktor bekerja dan berkahwin.

“Taburan suku kaum ini di Sabah adalah seperti daerah Kinabatang­an, Sandakan, Kudat, Tambunan, Ranau, Telupid, Tongod dan Keningau,” katanya.

Beliau berharap dengan kewujudan persatuan ini ia dapat memberi impak dalam meningkatk­an lagi kehidupan suku kaum ini terutama sekali dalam bidang pendidikan dan ekonomi agar setanding dengan bangsabang­sa lain yang sudah lebih maju di negeri ini.

Barisan Ahli Majlis Tertinggi PSDTS terdiri Presiden Prof Madya Edwin Laimin, Timbalan Presiden Nasirin Ladu, Naib Presiden I Jen Ladu, Naib 2 Flora Joseph yang juga Penolong Setiausaha dan Naib 3 Saridah Ingkun sementara Setiausaha dan Bendahari masing-masing terdiri Jikal Naidun dan Febritus Ingkun. Sementara Penasihat Laimin Dadau.

Ketua-ketua biro terdiri Junas Laimin (Penerangan dan Media), Jikal Naidun (Pendidikan, Latihan dan Kemahiran), Edwin Laimin (Ekonomi dan Perniagaan), Robert Majin (Kebajikan dan Kekeluarga­an), Flora Joseph (Politik), Mikun Ladu (Sukan), Nasrin Ladu (Keagamaan dan Sosial), Robert James (Adat dan Istiadat) dan Saridah Ingkun (Bahasa, Kebudayaan dan Pelanconga­n).

Setakat ini persatuan ini mempunyai 20 cawangan masingmasi­ng tujuh di daerah Tongod dan 13 di daerah Keningau.

 ??  ??
 ??  ?? KURUP (duduk enam kiri) bersama Malinda dan Arthur bergambar bersama-sama dengan AMT PSDTS selepas menerima watikah pelantikan. Turut kelihatan Edwin (empat kiri) dan Laimin (lima kanan).
KURUP (duduk enam kiri) bersama Malinda dan Arthur bergambar bersama-sama dengan AMT PSDTS selepas menerima watikah pelantikan. Turut kelihatan Edwin (empat kiri) dan Laimin (lima kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia