Utusan Borneo (Sabah)

Amalan bersatu-padu perlu diteruskan

Masyarakat Sabah, Sarawak contoh terbaik

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Penglibata­n masyarakat pelbagai kaum dalam sambutan Perayaan Krismas KK ke-13 membuktika­n masyarakat diSabahdan­Sarawakada­lah contoh terbaik kepada semangat perpaduan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata masyarakat di negeri ini amat bertoleran­si dan mempraktik­kan moderasi terhadap budaya kaum lain.

“Usaha ini perlu kerana penting bagi kita menyatupad­ukan masyarakat yang berbilang kaum.

“Dengan amalan bersatupad­u sebegini, ia akan memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui pada malam ketiga sambutan Perayaan Krismas KK ke-13, di sini pada malam Rabu.

Jika dilihat dalam sambutan TAN SRI JOSEPH KURUP

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

“Dengan amalan bersatu-padu sebegini, ia akan memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui pada malam ketiga ” sambutan Perayaan Krismas KK ke-13

perayaanin­i,majlispera­smian disempurna­kan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, iaitu seorang yang beragama Islam. Ia sesuatu yang membanggak­an.

Walaupun berlainan agama dan kepercayaa­n, Ketua Menteri sudi menyempurn­akan acara perasmian.

“Saya melihat semangat bersatu-padu ini harus diteruskan tidak kira apa juga kepercayaa­n dan keturunan,” jelasnya.

Dalam sambutan itu, 300 gerai jualan memperliha­tkan pelbagai kaum berniaga.

Sambutan perayaan itu dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis GerejaGere­ja Sabah (SCC).

Turut hadir di majlis itu ialah Presiden SCC Melter Jiki Tais dan Ketua Pengarah DBKK Datuk Joannes Solidau.

 ??  ?? ANTARA persembaha­n tarian yang diadakan semasa malam ketiga sambutan perayaan itu.
ANTARA persembaha­n tarian yang diadakan semasa malam ketiga sambutan perayaan itu.
 ??  ?? KURUP dan Melter semasa sidang media sempena Sambutan Perayaan Krismas KK ke-13 –gambar oleh Aniq Azraei
KURUP dan Melter semasa sidang media sempena Sambutan Perayaan Krismas KK ke-13 –gambar oleh Aniq Azraei

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia