Utusan Borneo (Sabah)

Kariah Surau An-Nur Taman Limauan mahu mesyuarat agung diadakan

-

PAPAR: Kariah Surau AnNur Taman Limauan Papar meminta agar mesyuarat agung diadakan untuk memilih pengerusi surau yang baharu mengikut peraturan yang dipersetuj­ui.

Wakil Kariah Masjid Ismail Haji Wahid(gambar) berkata, ahli kariah masjid juga membantah pelantikan pengerusi surau terbabit yang didakwa membelakan­gi peraturan tanpa melalui proses mesyuarat.

Selain itu, pelantikan pengerusi surau itu dibuat dengan adanya campur tangan politik dan ia tidak baik untuk ahli kariah masjid.

Beliau berkata, ahli kariah membantah pelantikan itu kerana berlaku salah guna kuasa pihak tertentu dan mahukan satu mesyuarat baharu diadakan bagi memilih pengerusi surau.

“Kami menyokong penuh siapa saja pengerusi yang dilantik oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) asalkan pelantikan itu mengikuti prosedur sedia ada.

Ismail berkata, tindakan melantik pengerusi tanpa melalui proses mesyuarat dan adanya campur tangan politik adalah bercanggah dengan Enakmen Peraturan Jawatankua­sa Kariah iaitu pelantikan pengerusi, timbalanpe­ngerusi,setiausaha dan bendahari hendaklah dipilih melalui mesyuarat agung.

“Bagi jawatan pengerusi, kita menghantar sekurangku­rangnya dua atau tiga penama ke pejabat Jheains Papar untuk tapisan serta sokongan, dan calon pengerusi yang terpilih itu perlu dimaklumka­n dan dihantar kepada Jheains untuk pelantikan rasmi,” katanya.

Menurutnya, pelantikan pengerusi itu tidak mematuhi peraturan, undang-undang dan amalan pemilihan jawatankua­sa yang tidak pernah dibuat oleh manamana kariah masjid.

Oleh itu, ahli kariah surau membantah pelantikan pengerusi dan mahu agar mesyuarat agung diadakan untuk memilih pengerusi dan JK baharu mengikut prosedur sedia ada.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia