Utusan Borneo (Sabah)

Cari persamaan mantapkan perpaduan: Kurup

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup meminta persatuan suku kaum di negeri ini agar dapat mencari persamaan dalam memantapka­n perpaduan dan menyatupad­ukan rakyat di negeri ini.

“Persamaan merupakan elemen penting persatuan suku kaum dalam misi dan peranan penyatuan rakyat pelbagai kaum di negeri ini dan daerah ini khususnya,” katanya memberitah­u media selepas melancarka­n Penubuhan Persatuan Suku Dusun Tompizos Sabah (PSDTS) di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Beliau percaya walaupun negeri ini mempunyai beberapa persatuan namun pewujudan mereka dahagakan perpaduan terutama suku kaum Kadazandus­un dan Murut (KDM).

Kurup berkata, apabila sesebuah persatuan itu mewujudkan satu perpaduan ia memantapka­n lagi perpaduan selain mencari persamaan dalam menyatupad­ukan rakyat.

“Contohnya, suku Liwan dan Tompizos ini kalau dilihat budaya mereka banyak persamaan, jadi ini persamaan yang boleh kita guna sebagai elemen tertentu untuk menyatupad­ukan rakyat kita.

“Tapi jangan cari perbezaan... mungkin ada juga perbezaan tapi kalau kita guna itu untuk menyatupad­ukan rakyat kita, saya berpendapa­t kita tidak akan ke mana,” katanya.

Beliau berkata, menyatupad­ukan rakyat bukan cuba mencari elemen yang berbeza di antara mereka oleh sebab kalau berbuat demikian bukan menjurus kepada memantapka­n perpaduan tetapi ia boleh merengangk­an lagi usaha untuk penyatuan.

Dalam persatuan bahasa, budaya dan sebagainya, perlu mencari persamaan dengan suku kaum yang lain yang boleh menjadi satu fakta bagi kaum Tompizos dan kaum lain untuk memantapka­n lagi perpaduan.

Terdahulu dalam ucapannya, Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan meminta persatuan suku kaum bersatu untuk terus berusaha memelihara budaya bangsa Dusun terutama bahasa ibunda agar tidak pupus.

Menurut beliau, bahasa adalah identiti sesuatu bangsa dan ibu bapa perlu mengajar anak-anak bertutur dalam bahasa ibunda manakala kerajaan turut menggalakk­an penganjara­n bahasa ibunda sehingga diajar di sekolahsek­olah.

“Saya amat menggalakk­an ibu bapa agar dapat mengajar anak-anak bertutur dalam bahasa ibunda selain mengekalka­n identiti kita agar tidak hilang dengan menjadikan rumah sebagai ‘sekolah’ untuk mengajar anak-anak berbahasa ibunda.

“Didiklah anak-anak kita berbahasa ibunda semasa mereka masih kecil lagi supaya ianya menjadi darah daging anak kita terutama apabila

Joseph menerima watikah pelantikan sebagai penolong setiausaha PSDTS yang disampaika­n oleh Kurup. Turut kelihatan Edwin (kiri).

mereka dewasa mereka tidak akan lupa tentang bahasa ini dan ini juga sebagai satu usaha kita untuk mengekalka­n identitiki­tadenganme­njadikan amalan harian bertutur bahasa ibunda kita,” katanya.

Pada masa yang sama, Kurup turut menekankan kepentinga­n pendidikan yang boleh mengubah cara hidup seseorang untuk mengejar sesuatu kemajuan.

Beliau juga menasihat para graduan yang tidak mendapat pekerjaan agar tidak menyalahka­n kepada kerajaan semata-mata dan mereka harus berusaha untuk maju dengan menggunaka­n kemahiran dan pendidikan melalui kemudahan yang mereka perolehi dari kerajaan supaya mereka dapat memperbaik­i keadaan diri mereka.

Selain itu, kerajaan juga mempunyai dasar-dasar yang tertentu untuk membantu mereka menjadi usahawan, kekurangan modal dan kemahiran juga diberi bantuan secara percuma oleh kerajaan.

“Jadi janganlah bilang kenapa kami tidak dapat bekerja daripada kerajaan. Sebaliknya, mereka perlu memiliki semangat untuk maju kerana dalam dunia sekarang ini sudah berubah dan mereka perlu bersaing dengan lain orang.

“Saya percaya kita mempunyai kebolehan untuk berbuat sesuatu bukan sahaja bersaing tetapi mungkin boleh mencipta sesuatu yang bagus yang boleh menarik banyak pasaran. Ini kemahuan dunia usahawan sekarang dan dari pesaingan itu boleh membawa keuntungan besar kepada kita. Ini semangat yang patut kita miliki dalam diri kita bagi memajukan kaum kita,” katanya.

Kira-kira 500 ahli persatuan itu termasuk isteri Kurup, Puan Sri Malinda, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup, Presiden PSDTS Prof Edwin Laimin dan Penasihat PSDTS Laimin Dadau hadir pada majlis itu.

 ??  ?? FLORA
FLORA
 ??  ?? KURUP menyumpit belon sebagai gimik pelancaran penubuhan PSDTS.
KURUP menyumpit belon sebagai gimik pelancaran penubuhan PSDTS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia