Utusan Borneo (Sabah)

Kembara Ilmu Peryatim Sarawak ke Sabah

-

KOTA KINABALU: Seramai 42 pelajar dan guru dari Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (Peryatim)mengadakan lawatan ke Jabatan Penerangan Sabah (Japen) dan Jabatan Penyiaran Sabah (RTM) di sini, petang Khamis.

Rombongan diketuai Pemangku Pengurus Cawangan Miri, Shamsiah Sanai Tahir yang tiba di Kompleks Bersepadu Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersempena Program Kembara Ilmu ke Sabah selama lima hari, bermula Rabu.

Menurut Shamsiah, rumah kebajikan yang terletak di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakub Cawangan Miri mempunyai 71 anak yatim, terdiri daripada 46 pelajar lelaki dan 13 perempuan.

“Idea kembara ini daripada saya sendiri kerana inginkan kelainan sebagai penutup 2017, agar anak-anak mengingati­nya sebagai suatu kenangan berharga sepanjang mereka tinggal di rumah kebajikan .

“Selain itu, pada tahun ini juga, kita ada seramai enam orang pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan meninggalk­an kami,” katanya.

Pada lawatan tersebut, rombongan dibawa melawat ke Bilik Berita, Studio TV, Bilik Kawalan TV dan Konti Sabah FM yangdisamb­ut oleh Pegawai dari Unit Perhubunga­n Raya RTM, Roslee Wasli.

Selepas itu, mereka turut diberi taklimat ringkas dan tayangan video korporat JaPenolehP­enolongPen­garah Media Chindaraya­reh Jinti.

Sepanjang lawatan tersebut, rombongan akan melawat sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Taman Kinabalu dan pusat peranginan sekitar Kundasang.

Hadir sama,Penolong

PEMANGKU Pengurus PeryatimSa­rawakShams­iah Sanai Tahir.

Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Sulia Banying Gihang.-

 ??  ??
 ??  ?? SULIA (empat dari kanan) dan Shamsiah (dua dari kiri) saling bertukar cenderamat­a.
SULIA (empat dari kanan) dan Shamsiah (dua dari kiri) saling bertukar cenderamat­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia