Utusan Borneo (Sabah)

Jadi tebusan perompak

Bekas pengarah agensi kerajaan dan isterinya dikejarkan ke HUS selepas ‘ditawan’ perompak

-

KUCHING: Seorang bekas pengarah agensi kerajaan bersama isterinya dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatka­n rawatan selepas menjadi tebusan sekumpulan perompak di rumahnya di Jalan Manggis, di sini pada Khamis.

Difahamkan, insiden berlaku sekitar tengah hari ketika mangsa yang berusia 70-an itu dikatakan sedang berehat bersama isterinya dan didatangi kira-kira tiga lelaki disyaki warga asing.

Mangsa yang terkejut dengan kehadiran suspek itu dipercayai cuba menyelamat­kan diri sebelum suspek bertindak memukul pasangan terbabit dan mengikat mereka di ruang tamu rumah berkenaan.

"Suspek dipercayai memanjat pagar rumah berkenaan dan masuk ke dalam rumah itu sebelum bertindak menyerang kedua-dua pasangan terbabit dan mengikat mereka di ruang tamu.

"Kumpulan perompak itu kemudian bertindak menggeleda­h rumah mangsa dan beredar kira-kira 30 minit kemudiande­nganmenggu­nakan kereta milik mangsa," kata sumber.

Pasangan terbabit yang berjaya membebaska­n diri sebaik sahaja suspek beredar kemudian segera mendapatka­n pertolonga­n daripada jiran mereka yang kemudian terus menghubung­i Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Kedua-dua mereka yang mengalami kecederaan di kepala dan muka kemudian dikejarkan keHUSmengg­unakanambu­lans APM selepas diberi rawatan kecemasan di tempat kejadian," kata sumber.

Jiran mangsa kemudian turut memaklumka­n insiden tersebut kepada ahli keluarga mangsa yang kemudian bergegas ke tempat kejadian.

Seorang daripada ahli keluarga mangsa yang ditemui memberitah­u, rumah tersebut sebelum ini juga pernah dimasuki pencuri.

"Mereka (mangsa) hanya tinggal berdua, kerana anakanak mereka semua bekerja di Semananjun­g dan ini bukan kali pertama rumah ini dimasuki pencuri, sebelum ini juga pernah, tetapi kali ini mengakibat­kan kecederaan (mangsa)," katanya.

Beliau bagaimanap­un enggan mengulas lanjut kerana keduadua mangsa masih menerima rawatan di HUS dan belum berkesempa­tan untuk berjumpa dengan mereka.

Sementara itu, terdapat sumber mengatakan kereta milik mangsa yang digunakan suspek melarikan diri telah ditemui di kawasan Serikin, Bau.

Bagaimanap­un, usaha untuk mendapatka­n pengesahan daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut masih tidak berjaya sehingga berita ini ditulis pada Khamis.

“Suspek dipercayai memanjat pagar rumah berkenaan dan masuk ke dalam rumah itu sebelum bertindak menyerang kedua-dua pasangan terbabit dan mengikat mereka di ruang tamu. Kumpulan perompak itu kemudian bertindak menggeleda­h rumah mangsa dan beredar kira-kira 30 minit kemudian dengan menggunaka­n kereta ” milik mangsa. Menurut sumber

 ??  ?? MANGSA ketika menunggu rawatan di HUS.
MANGSA ketika menunggu rawatan di HUS.
 ??  ??
 ??  ?? KAWASAN ruang tamu rumah tempat kedua-dua mangsa diikat oleh suspek.
KAWASAN ruang tamu rumah tempat kedua-dua mangsa diikat oleh suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia