Utusan Borneo (Sabah)

Teknologi tinggi diguna dalam pengeluara­n industri ternakan

-

KUCHING: Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah bakal menggunaka­n pendekatan teknologi tinggi baharu dalam pengeluara­n industri ternakan negeri khasnya kambing pada tahun depan.

Menterinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, antara pendekatan yang bakal diperkenal­kan termasuk teknologi ‘tagging’ dan permanian beradas (artificial inseminati­on-AI) bagi meningkatk­an pengeluara­n ternakan.

“Kita meneliti kebolehan pendekatan teknologi dalam ternakan kita terutama kambing mulai tahun depan.

“Antaranya ‘tagging’ untuk menjejak dan AI yang akan membantu meningkatk­an baka pengeluara­n ternakan,” katanya ketika berucap pada penyerahan kambing kepada penternak kambing, Brangka Peter Munan di Kampung Kuap dekat sini, pada Khamis.

Menurut Uggah, dengan teknologi berkenaan ia dapat melipatgan­dakan lagi industri ternakan daging dan tenusu dari negeri ini.

Beliau berkata Sarawak perlu meneliti model penternaka­n yang betul dalam membangunk­an lagi industri penternaka­n di Sarawak dengan memerlukan orang berpengala­man serta serius dalam bidang berkenaan.

Sehubungan itu beliau amat mengalu-alukan dan memuji langkah Brangka dalam membangunk­an industri penternaka­n kambing, yang diharap menjadi contoh kepada penternak lain.

“Kerajaan sentiasa menyokong dan akan terus membantu penternak seperti Brangka dalam

UGGAH bersama Brangka (kiri) menunjukka­n baka kambing yang diserahkan sempena penyerahan 120 kambing. Turut kelihatan Dr Abdul Rahman (kanan).

usaha kita meningkatk­an lagi industri ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan Uggah menyerahka­n 120 ekor kambing baka Australia kepada Brangka di bawah Skim Pawah Jabatan Pertanian sebagai tambahan kepada 100 kambing sedia ada dimiliki Brangka di ladang berkenaan.

Seramai tujuh penternak di negeri ini menerima 340 kambing Australia di bawah skim tersebut tahun ini di mana petani perlu menyerahka­n anak kambing kembali berumur enam bulan ke atas pada jumlah yang sama kepada Jabatan Pertanian sehingga tempoh lima tahun untuk membantu petani lain di bawah skim itu.

Sementara itu pada majlis yang sama Uggah menyatakan akan membantu industri ternakkan kerbau di Limbang dan Lawas yang kini mempunyai sehingga 5,000 kerbau merangkumi pembinaan pagar dan pusat pembiakan.

Ini termasuk lawatan ke pusat ternakan industri tersebut di India baru-baru ini oleh Menteri Muda Pertanian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kota Limbang Dr Abdul Rahman Ismail yang turut hadir pada majlis itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia