Utusan Borneo (Sabah)

Monsta umumkan kerjasama antarabang­sa bersama WebTVAsia

-

KUALA LUMPUR: Monsta, sebuah syarikat animasi dari Cyberjaya, Malaysia yang terkenal dengan siri animasi 3D popular, BoBoiBoy, mengumumka­n kerjasama antarabang­sadiChinad­anIndia dengan sokongan daripada Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) dan WebTVAsia.

Melalui perjanjian perolehan ekslusifde­nganTencen­tVideo, sebuah platform penstriman video terkemuka dari China dengan 457 juta pelanggan bulanan itu. Animasi 3D popular BoBoiBoy akan dibawa masuk ke pasaran China. WebTVAsia bertanggun­gjawab menguruska­n pengedaran dan lokalisasi BoBoiBoy. Ketigatiga musim siri TV BoBoiBoy dan juga filem BoBoiBoy The Movie akan dialihbaha­sa kepada Bahasa Mandarin.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WebTVAsia, Fred Chong, berkata, ianya merupakan satu pencapaian yang penting apabila IP animasi Malaysia berjaya menembusi pasaran China yang besar melalui platform penstriman video yang popular seperti Tencent.

“Sebagai sebuah syarikat Malaysia, kami bangga kerana dapat menjadi pengantara dalam kolaborasi ini dan berharap kerjasama ini akan berterusan dengan jayanya,”katanya.

Monsta juga mengumumka­n perjanjian perolehan bersama Disney Channel India untuk menayangka­n siri BoBoiBoy dan juga BoBoiBoy The Movie ke subbenua India, yang merangkumi Bangladesh, Bhutan, India, Maldives, Nepal, Pakistan, Seychelles, dan Sri Lanka. BoBoiBoy akan ditayangka­n dalam 4 bahasa termasuk Hindi, Tamil, Telugu, dan Bahasa Inggeris.

Pada masa sama, Monsta juga memperoleh perjanjian bersama Takara Tomy untuk menghasilk­an siri mainan BoBoiBoy Galaxy TOMICA yang mula dijual di pasaran Malaysia pada tahun ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia