Utusan Borneo (Sabah)

Restoran E West perkenal set menu Winter Solstice

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Restoran E West memperkena­lkan set menu ‘Winter Solstice’ dengan harga RM588+ untuk satu meja.

Pengurus Makanan dan Minuman E West George Yeap berkata, pelanggan boleh mendapat diskaun 10 peratus lagi sekiranya menjadi ahli Jesselton Diners.

“Promosi diadakan sepanjang bulan Disember ini dan pelanggan yang berminat dikehendak­i untuk membuat tempahan awal.

“Pelanggan yang tidak sempat menikmati hidangan itu pada bulan ini turut boleh membuat permintaan khas kepada restoran ini untuk menghidang­kan pada bulanbulan seterusnya,” katanya kepada pemberita dalam satu Majlis Memperkena­lkan Set Menu Winter Solstice di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, restoran itu dibuka dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari.

Katanya, mereka yang berminat untuk menjamu hidangan itu pada waktu tengah hari turut dialu-alukan datang menikmati jamuan itu.

“Antara jenis hidangan yang diperkenal­kan ialah Steamed Chicken with Ham, Steamed Black Garoupa, Stir Fried Prawn with Rainbow Vegetable, Honey Lamb Yam Ring, Jiang Nan Style Fried Noodle, Coconut Jelly dan lain-lain hidangan.

“Pelanggan yang datang ke restoran ini juga boleh memesan jenis lauk yang diinginkan untuk dinikmati bersama keluarga masingmasi­ng,” katanya.

Dalam pada itu katanya, restoran itu kini turut memperkena­lkan set menu Treasure Pot untuk makan tengahari dan malam hanya dengan harga RM388+ untuk enam orang.

 ??  ?? SET menu Winter Solstice Restoran E West.
SET menu Winter Solstice Restoran E West.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia