Utusan Borneo (Sabah)

Industri hebat meningkatk­an kecekapan kerana semua urusan dijalankan secara digital

-

KUALALUMPU­R:Masyarakat perlu bersedia menghadapi revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) dan segala cabarannya untuk terus memajukan negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata revolusi itu menyaksika­n Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada elektrik, dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).

Katanya, Industri 4.0 hebat kerana ia menggantik­an banyak kerja dalam revolusi pertama, kedua dan ketiga dengan proses automasi hasil bantuan perisian.

“Industri ini juga hebat kerana ia meningkatk­an kecekapan pengurusan dan sistem penyampaia­n kerana semua urusan dijalankan secara digital,” katanya menerusi catatan di laman blog beliau.

Beliau menarik perhatian berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bahawa mahu tidak mahu, rakyat perlu bersedia kerana Industri 4.0 yang akan membawa kepada kejayaan wawasan Transforma­si Nasional 2050.

Salleh berkata Industri 4.0 akan membawa perubahan besar antaranya kepada media tradisiona­l apabila manusia hanya menggunaka­n telefon pintar dan komputer untuk membaca berita dan bukan lagi surat khabar.

“Persaingan media bukan lagi sesama sendiri tetapi terpaksa bersaing dengan media sosial yang lebih dapat menarik perhatian pembaca,” kata menteri itu.

Dari segi pendidikan pula, beliau berkata Revolusi Industri 4.0 akan menyaksika­n penggunaan komputer riba dengan lebih menyeluruh di sekolah.

“Teknologi hologram, media sosial dan kecerdasan buatan juga akan menjadi aspek utama sebagai alat bantuan mengajar. Mungkin pada masa hadapan, pelajar boleh belajar di rumah sahaja kerana kuliah disampaika­n dalam bentuk video,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia