Utusan Borneo (Sabah)

Shopee catat 2.5 juta pesanan pada acara 12.12

-

KUALA LUMPUR: Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, mencatatka­n lebih 2.5 juta pesanan di sekitar rantau ini dalam tempoh 24 jam pada acara jualan 12.12 (12 Disember) iaitu peningkata­n sebanyak lima kali ganda berbanding tahun lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, ia berkata rekod pesanan kali ini dicatat dalam masa sejam dan enam minit untuk mengatasi catatan tahun lepas dengan jenama seperti Petronas Mesra e-Shop, Nestle dan Watsons mendapat sambutan paling ketara.

Pembeli Malaysia juga menempah lebih 500,000 barangan menerusi promosi kira-kira enam juta produk dalam kempen ‘Jualan Murah 12.12,’ jualan kilat ‘Shocking Sale’ dan ‘Kemuncak Berganda’ yang menjadi sebahagian sambutan bersempena ulang tahunnya.

“Kami berpuas hati dapat bekerjasam­a dengan jenama utama seperti Petronas, Digi, Havaianas dan Mr DIYbagimen­jayakanjua­lan kali ini dan ada di antara mereka mencatat jualan yang memberangs­angkan,” kata Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho.

Selain itu, beliau berkata Shopee akan meneruskan pemberian ganjaran jualan berkenaan sehingga 31 Dis, 2017 termasuk hadiah percutian untuk dua orang ke Honolulu, Hawaii bernilai lebih RM15,000 dan telefon pintar iPhone X bernilai RM5,000.

Portal beli-belah dalam talian itu juga akan menganjurk­an kempen jualan ‘Kembali Ke Sekolah’ bermula 18-24 Dis, 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia