Utusan Borneo (Sabah)

Diari hamil

Kini boleh ditonton di ruang digital & TV

-

‘HI MOMMY JIHAN!’ merupakan sebuah blog video (vlog) bersiri yang memaparkan klip-klip eksklusif kehidupan harian Jihan Muse dan pasangan, Ungku Hariz sepanjang tempoh kehamilan sulung Jihan sehingga selepas beliau bersalin menerusi rakaman yang dilakukan sendiri oleh pasangan ini.

‘Hi Mommy Jihan!’ yang berkonsepk­an vlog ini dizahirkan sebanyak 30 episod dan berdurasi selama 5 hingga 10 minit bagi setiap siaran. Sebanyak dua episod akan disiarkan pada setiap minggu.

Ia akan disiarkan di YouTube MeleTOP (MeleTOP) terlebih dahulu diikuti dengan siaran di televisyen menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Rakaman vlog yang dibuat sendiri oleh Jihan dan Ungku Hariz tanpa sebarang skrip ini bermula sejak kandungan Jihan berusia 31 minggu sehingga selepas Jihan bersalin.

Antara klip yang terkandung dalam

‘Hi Mommy Jihan!’ termasukla­h lawatan Jihan dan suami ke klinik untuk rutin pemeriksaa­n kandungan, fasa mengidam yang dilalui oleh Jihan, diet dan senaman yang diamalkan sepanjang tempoh kehamilan, aktiviti seni serta perubahan fizikal yang dialami Jihan semasa mengandung, persiapan barangan bayi, sehinggala­h ke detik Jihan melahirkan bayinya, menjalani pantang dan seterusnya di sekitar majlis cukur jambul cahaya mata sulung pasangan ini.

Beberapa kenalan selebriti rapat Jihan turut membuat penampilan istimewa dalam vlog ini seperti Rozita Che Wan, Nabil Ahmad dan Liza Hanim.

Pada setiap penghujung siaran, terdapat fakta menarik mengenai kehamilan yang boleh dijadikan panduan khususnya buat mereka yang bakal bergelar ibu bapa.

Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Perniagaan Gen Next Astro berkata, “Hi Mommy Jihan! adalah suatu format inovatif terbaru yang memaparkan secara eksklusif perjalanan Jihan Muse dan Ungku Hariz menjadi ibu bapa, dalam durasi 5 hingga 10 minit setiap episod. Yang menariknya, para penonton di luar sana telah memberi maklumbala­s yang sangat positif kepada rancangan yang santai dan lucu ini, di mana episod- episod pada minggu pertama telah menerima lebih daripada 1 juta tontonan dalam masa seminggu, serta ribuan komen positif dan ‘like’ di laman media sosial.”

Tambahnya lagi, “Astro berbesar hati dapat bekerjasam­a dengan Jihan dan Ungku Hariz serta penaja rancangan ini iaitu Anmum Materna dan Thermos, dan kami mendoakan agar pasangan ini selamat menyambut kelahiran cahaya mata mereka yang pertama.”

 ??  ?? Aktor British John Boyega memberi gaya menarik di hadapan para jurugambar semasa tayangan perdana Eropah filem ‘Star Wars: The Last Jedi’, di Royal Albert Hall London pada Selasa. Filem yang ditunggutu­nggu itu kini sedang ditayangka­n di pawagam seluruh...
Aktor British John Boyega memberi gaya menarik di hadapan para jurugambar semasa tayangan perdana Eropah filem ‘Star Wars: The Last Jedi’, di Royal Albert Hall London pada Selasa. Filem yang ditunggutu­nggu itu kini sedang ditayangka­n di pawagam seluruh...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia