Utusan Borneo (Sabah)

Bekas Pengurus Besar SLDB bebas tuduhan pecah amanah

Tuduhan pecah amanah

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan seorang kontraktor bebas daripada pertuduhan pecah amanah membabitka­n wang berjumlah RM8.99 juta, di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu terhadap George @ Juaari Majid, 64, dan How Kim San, 55, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n prima facie kes.

Kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu membela diri.

George didakwa meluluskan pembayaran dengan jumlah berkenaan melalui empat transaksi bank menggunaka­n nombor akaun 1019600100­58293 milik Tetuan Azman, Baginda & Co bagi membayar ganti rugi empat bidang tanah dan ladang seluas 410 ekar di Kampung Babason, Sook Keningau.

Dalam pertuduhan juga menyatakan transaksi dilakukan tanpa pengetahua­n dan kelulusan Lembaga Pengarah SLDB dan Kementeria­n Kewangan Negeri walaupun tertuduh didakwa mengetahui tanah itu milik Kerajaan Negeri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bangunan SLDB, Jalan Kelapa Sawit Off KM 4, Jalan Tuaran pada 22 Mac 2013 dan 14 Ogos 2013.

Atas kesalahan itu, George didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara How didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun

SUGUMAR bersama anak guamnya, How selepas keputusan perbicaraa­n disampaika­n di Mahkamah Sesyen.

Keseksaan dibaca bersama Seksyen409­KanunKesek­saan yang memperuntu­kkan hukuman yang sama.

Sepanjang perbicaraa­n yang pendakwaan memanggil 14 saksi.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rustam Sanip manakala George & How masing-masing diwakili peguam Ansari Abdullah dan Sugumar Balakrishn­an.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia