Utusan Borneo (Sabah)

KLIA bolos: Lima lagi individu ditahan

KLIA bolos

-

PUTRAJAYA: Lima lagi individu termasuk dua kakitangan Jabatan Imigresen ditahan pada Khamis berhubung kes penyeludup­an imigran warga Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata turut ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu ialah dua warga asing dan seorang wanita tempatan yang terbabit dalam sindiket penyeludup­an itu.

“Tangkapan terbaru ini menjadikan jumlah keseluruha­n tujuh orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti ini. Sebelum ini, dua pegawai Imigresen di KLIA ditahan berhubung kes ini,”katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Katanya, kira-kira 40 peratus daripada 1,500 petugas Jabatan Imigresen di KLIA telah dan dalam perancanga­n untuk dipindahka­n termasuk giliran kerja bagi digantikan dengan kakitangan lain untuk bertugas di kaunter-kaunter Imigresen.

“Ini adalah tindakan proaktif yang diambil dengan kadar segera bagi membersihk­an imej Jabatan Imigresen yang dikotorkan oleh beberapa warga kerja Jabatan Imigresen,” katanya mengulas mengenai status kes penyeludup­an warga Bangladesh di KLIA.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, setiap hari ribuan warga Bangladesh diseludup masuk ke Malaysia melalui KLIA oleh empat sindiket yang turut didalangi pihak berkuasa dari kedua-dua negara dan mereka mengaut keuntungan kira-kira RM5.2 juta setahun hasil kegiatan haram itu.

Ahmad Zahid turut memuji tindakan pantas dan tegas oleh Ketua Pengarah Imigresen berhubung kes tersebut serta sikap sentiasa turun padang untuk memantau soal penguatkua­saan dan pelaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) bagi memulihkan imej Jabatan Imigresen. Bernama

“Tangkapan terbaru ini menjadikan jumlah keseluruha­n tujuh orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti ini. Sebelum ini, dua pe“gawai Imigresen di KLIA ditahan berhubung kes ini. DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? AHMAD Zahid mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin kali ke-18 di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat. -Gambar Bernama
AHMAD Zahid mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin kali ke-18 di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia