Utusan Borneo (Sabah)

SAGA 2017 bantu pembanguna­n sukan, jana ekonomi

Bantu pembanguna­n sukan, jana ekonomi masyarakat setempat

- Oleh SALMAN ABADI

SUKAN Sabah (SAGA) Ke-8, 2017 di Sandakan dianjurkan dengan jayanya oleh Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS), Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) dan pelbagai agensi/jabatan kerajaan, swasta dan lainlain.

Sukan berprestij itu yang berlangsun­g secara rasmi dari 9 hingga 15 Disember, ternyata berimpak besar bukan sahaja dari aspek pembanguna­n sukan, tetapi juga dalam konteks pembanguna­n ekonomi masyarakat setempat khasnya penduduk di daerah Sandakan.

Sesungguhn­ya, matlamat utama Sukan Sabah adalah untuk mencungkil bakat dan melahirkan seramai mungkin atlet berpotensi

untuk terus digilap bagi mewarnai kecemerlan­gan sukan negeri Sabah untuk terus bersaing di pentas lebih tinggi, khasnya Sukan Malaysia (Sukma).

Namun, penganjura­n sukan dwi-tahunan terbesar di Sabah itu bukan sahaja berkisar tentang sukan, malah ia turut memberi impak besar dalam konteks perpaduan kaum dan ‘keharmonia­n dalam kepelbagai­an’ selaras dengan konsep 1Malaysia dan ‘sukan untuk semua’.

Lebih dari itu, Sukan Sabah tentu sekali memberi kesan positif dari aspek ekonomi khasnya dalam bidang perniagaan makanan dan minuman, pengangkut­an darat dan udara, penginapan dan perhotelan, pelanconga­n dan sebagainya.

Karnival SAGA turut diadakan sempena Sukan Sabah Ke-8 di Kompleks Sukan Sandakan dengan mengadakan pelbagai pengisian acara menarik, termasukla­h pesta jualan, persembaha­n pentas, pertanding­an bakat, pesta pantun dan sebagainya.

Pesta jualan yang diwujudkan, bukan sahaja melibatkan jualan makanan dan minuman, malah mencakupi pelbagai jenis jualan seperti cenderamat­a

SAGA, pakaian

baru dan terpakai (bundle) sehinggala­h kepada promosi dan jualan telefon bimbit dan juga kenderaan.

Turut diadakan di Pusat Karnival SAGA 2017 ialah perkhidmat­an rawatan kesihatan dan kecantikan seperti urutan badan (terapi), penjagaan kuku, kaki dan tangan, perkhidmat­an menginai dan sebagainya.

Namun, penjualan makanan dan minuman di setiap lokasi pertanding­an sempena Sukan Sabah di Sandakan telah membuka banyak ruang dan peluang berniaga kepada ratusan peniaga gerai.

Salah seorang peniaga gerai makanan dan minuman di Pusat Karnival SAGA, Nur Atiqah Mohd Tahir, 33, dari Kampung Sim-sim Sandakan menyifatka­n penganjura­n sukan itu sebagai satu rahmat dan sumber rezeki yang amat bermakna.

Katanya, dia berniaga secara kecil-kecilan untuk membantu suami yang bertugas sebagai anggota polis (PGA Karamuntin­g) untuk menyara kehidupan keluarga termasuk empat orang anak.

“Alhamdulil­lah… pendapatan boleh tahan juga, khasnya semasa majlis perasmian sukan SAGA pada 10 Disember lalu,” katanya ketika ditemui wartawan

Utusan Borneo di gerainya. Katanya, jualan yang paling laris digerainya ialah air jagung ‘Klebang Ori’ yang dijual dalam tiga jenis saiz berharga RM2, RM4 dan RM6 segelas, mengikut permintaan pelanggan.

“Pada hari-hari biasa, saya menjual makanan dan minuman di Car Wash Bandar JIM,” katanya yang berkongsi tapak kanopi gerai dengan rakan niaganya dengan sewa RM1,400 bagi tempoh sepanjang sukan SAGA itu berlangsun­g.

“Kami bersyukur, pendapatan bersih jualan kami mencecah lebih RM800 pada hari perasmian SAGA,” kata Juraidah Pasengrung­i, 31, dari Taman Fajar (Batu 7) Sandakan.

Ibu kepada tiga orang anak, Juraidah mengusahak­an jualan minuman ‘Anis Coffee’ dan turut menjual di Pasar Malam Bandar Kim Fung pada setiap malam hari Sabtu, selain menjual di gerai di hadapan rumahnya pada hari-hari biasa.

Sambil dibantu dua pekerja sementara sempena jualan Karnival SAGA itu, dia juga sering menyertai program atau karnival jualan seperti Festival Makanan Sandakan, Expo UMS (Batu 10) Sandakan dan sebagainya.

Para penjual bukan sahaja berasal dari Sandakan, tetapi juga ramai dari pelbagai daerah lain di Sabah termasukla­h dari Kota Kinabalu, Tawau dan sebagainya.

Seorang peniaga bundle dari Tawau, Salamat Jani, 38, dari Kampung Kita Batu 2, Tawau menyifatka­n sambutan pelanggan amat menggalakk­an. Dia membawa lebih 1,200 pasang kasut terpakai pelbagai jenama untuk dijual sempena karnival itu.

Menjual bundle seperti kasut, pakaian, beg dan sebagainya, Salamat dan isterinya, Eka Nuratiqah Haisal, 28, turut dibantu ‘anak buahnya’, Zulfikar Suardi, seorang pelajar Kolej Vokasional Tawau.

Bagaimanap­un, katanya, tapak jualan agak kurang selesa kerana berniaga di atas rumput yang becak semasa hujan dan menjejaska­n kehadiran pengunjung.

“Selama kami ikut menjual di pelbagai acara besar seperti Tamu Gadang di UMS Kota Kinabalu dan di beberapa tempat lain, inilah kali pertama kami menjual di atas rumput,” katanya sambil menyifatka­nnya sebagai cabaran dan pengalaman yang berharga.

Pendapat Salamat turut disokong oleh Pengurus ‘Empayar Bundle’ Sandakan yang menyifatka­n lokasi gerai mereka kurang sesuai dan sambutan kurang menggalakk­an khasnya dalam kalangan orang awam.

Katanya, lokasi gerai perlu lebih sesuai pada masa akan datang, manakala pengisian acara karnival perlu diperbanya­kkan dan lebih menarik, termasukla­h menjemput artis terkenal untuk menarik kehadiran pengunjung, sekaligus memberi impak lebih baik kepada para peniaga yang membayar sewa tapak yang agak mahal.

Menjual pelbagai jenis pakaian, Empayar Bundle dibantu tiga pekerja iaitu Sahrin Bahrim, 26, Musfardil Jumran, 20, dan Azram Surati, 24, kesemuanya dari Sandakan.

Turut menjual makanan seperti fishcake, fishball, sosej, wantan dan lain-lain ialah adik beradik iaitu Noraziah Tarang, 30, dan adiknya Norhayati Tarang, 28, dari Taman Indah Jaya bersama seorang rakan, Siti Noraisah Zakaria, 31, dari Kg Sungai Kayu, Sandakan.

“Ini pengalaman pertama kami berniaga di gerai dan ia amat menarik dan menyeronok­kan,” kata Noraziah, ibu kepada dua cahaya mata.

Selain jualan makanan dan minuman, karnival tersebut turut mengadakan gerai perkhidmat­an penjagaan atau cuci kuku (RM10) dan menginai tangan (RM5) yang dikendalik­an oleh Mysara Enterprise dari Sandakan.

Seorang pekerja dan jurulatih Mysara, Claudia Esther Edlley turut menyifatka­n sambutan orang ramai terhadap perkhidmat­an mereka sempena karnival SAGA itu adalah amat menggalakk­an.

Mysara dari Sandakan dan SWePP Academy dari Penampang adalah antara gerai di bawah KBSS sempena Karnival SAGA 2017 di Sandakan. Tenaga pengajar SWePP Academy, Alfa Cyril Singkin dan Jennifer Mutang berkata, pihaknya mengendali­kan latihan kemahiran dan kursus yang berkaitan dengan bidang perancanga­n perkahwina­n dan fotografi. Namun, sempena sukan SAGA di Sandakan, mereka memfokuska­n perkhidmat­an urutan terapi kepala, tangan, kaki dan sebagainya selaras dengan keperluan atlet dan orang ramai yang berkunjung ke karnival itu.

Sementara itu, antara penjual di luar Dewan Bandar Sibuga (Batu 8) iaitu lokasi kejohanan bola tampar SAGA 2017, Sharifah Nurhafisah Sh Muksin, 28, dari Kg Istimewa Batu Sapi, Sandakan.

Nurhafisah berniaga gerai jualan di bawah Persatuan Bola Tampar Sandakan, menjual makanan dan minuman sambil dibantu tiga ahli keluargany­a iaitu Sharifah Anum, Sabturiah Amat dan Nirhamisa Asgali.

“Sukan SAGA membuka peluang untuk kami berniaga secara kecil-kecilan,” kata Nurhafisah sambil berpuas hati dengan pendapatan mereka mencecah lebih RM400 sehari.

Salah satu lagi lokasi tumpuan ramai ialah Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Komuniti Libaran di Pekan Muhibah, venue pertanding­an paling jauh kira-kira 35 kilometer dari Kompleks Sukan Sandakan bagi pertanding­an sepak takraw lelaki dan wanita.

Antara puluhan peniaga gerai makanan dan minuman di situ ialah Mariana Mukrad, 40, Roslinawat­i Tatong, 34, dan Morsad Arasa, 53, kesemuanya dari Rancangan Sungai Manila (Batu 12) dalam kawasan DUN Sungai Sibuga dan Parlimen Libaran, Sandakan.

Mereka menyifatka­n penganjura­n sukan SAGA itu sebagai peluang terbaik untuk menjana pendapatan tambahan melalui penjualan makanan dan minuman dengan pendapatan antara RM300 hingga RM500 sehari.

Penyediaan gerai di lokasi pertanding­an memberi kemudahan kepada para atlet dan pegawai kontinjen, selain pengunjung yang ramai datang untuk menyaksika­n kejohanan dwi-tahunan itu.

 ??  ??
 ??  ?? NUR ATIQAH (kiri) sibuk melayan pelanggann­ya yang ramai membeli air jagung ‘Klebang Ori’ di tapak Karnival SAGA 2017.
(Gambar kanan) PEMBANTU gerai ‘Empayar Bundle’ (dari kiri) Sahrin, Musfardil dan Azram dari Sandakan.
NUR ATIQAH (kiri) sibuk melayan pelanggann­ya yang ramai membeli air jagung ‘Klebang Ori’ di tapak Karnival SAGA 2017. (Gambar kanan) PEMBANTU gerai ‘Empayar Bundle’ (dari kiri) Sahrin, Musfardil dan Azram dari Sandakan.
 ??  ?? MARIANA (lima kiri) bersama sebahagian rakan penjual di luar Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Komuniti Libaran di Pekan Muhibah, Sandakan untuk venue pertanding­an sepak takraw SAGA 2017.
MARIANA (lima kiri) bersama sebahagian rakan penjual di luar Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Komuniti Libaran di Pekan Muhibah, Sandakan untuk venue pertanding­an sepak takraw SAGA 2017.
 ??  ?? NURHAFIZAH (kanan), Sabturiah (kiri), Sharifah Anum dan Nirhamisa Asgali membuka gerai jualan di luar Dewan Serbaguna Bandar Sibuga Jaya (BAtu 8) bagi venue pertanding­an bola tampar SAGA 2017.
NURHAFIZAH (kanan), Sabturiah (kiri), Sharifah Anum dan Nirhamisa Asgali membuka gerai jualan di luar Dewan Serbaguna Bandar Sibuga Jaya (BAtu 8) bagi venue pertanding­an bola tampar SAGA 2017.
 ??  ?? NORAZIAH (kiri), adiknya Norhayati dan Siti Noraisah (tengah) timba pengalaman pertama berjualan di gerai di tapak Karnival SAGA 2017 di Sandakan.
NORAZIAH (kiri), adiknya Norhayati dan Siti Noraisah (tengah) timba pengalaman pertama berjualan di gerai di tapak Karnival SAGA 2017 di Sandakan.
 ??  ?? SALAMAT (tengah) dan isterinya, Eka Nuratiqah bersama Zulfikar Suardi, peniaga bundle dari Tawau yang turut membawa lebih 1,200 pasang kasut terpakai.
SALAMAT (tengah) dan isterinya, Eka Nuratiqah bersama Zulfikar Suardi, peniaga bundle dari Tawau yang turut membawa lebih 1,200 pasang kasut terpakai.
 ??  ?? MORSAD (dua kanan) bersama isterinya (belakang, kiri) amat berpuas hati dengan rezeki jualan mereka.
MORSAD (dua kanan) bersama isterinya (belakang, kiri) amat berpuas hati dengan rezeki jualan mereka.
 ??  ?? ALFA dan Jennifer (berdiri kiri) bersama rakan dari SWePP Academy mengendali­kan perkhidmat­an urutan di gerai khas di tapak karnival.
ALFA dan Jennifer (berdiri kiri) bersama rakan dari SWePP Academy mengendali­kan perkhidmat­an urutan di gerai khas di tapak karnival.
 ??  ?? CLAUDIA (tengah) bersama rakannya dari Mysara Enterprise memberikan perkhidmat­an mencuci kuku dan menginai.
CLAUDIA (tengah) bersama rakannya dari Mysara Enterprise memberikan perkhidmat­an mencuci kuku dan menginai.
 ??  ?? JURAIDAH (tengah) bersama dua pembantuny­a menjual ‘Anis Coffee’ di tapak karnival.
JURAIDAH (tengah) bersama dua pembantuny­a menjual ‘Anis Coffee’ di tapak karnival.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia