Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 6,000 kematian akibat kemalangan tiap tahun

- Oleh DELLROY

TAMBUNAN: Lebih 6,000 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya setiap tahun sejak 10 tahun lalu.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, merujuk kepada statistik jalan raya di negara ini, daripada jumlah kematian tersebut 60 peratus adalah merupakan pemandu motosikal.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) DUN Tambunan, di Pisompurua­n Square, di sini.

Justeruitu,beliaumena­sihati agar semua penguna jalan raya khususnya di negeri ini agar sentiasa mengamalka­n budaya memandu berhemah.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha dalam mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya dan usaha ini memerlukan penglibata­n, penyertaan dan sokongan daripada semua lapisan masyarakat.

Beliau menegaskan bahawa budaya kepatuhan dan sikap berhemah serta patuh kepada peraturan jalan raya adalah tunggak utama bagi pendekatan keselamata­n jalan raya.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan berkata, mengurangk­an risiko kemalangan ini bukan sahaja tanggungja­wab agensi penguatkua­saan seperti JPJ atau PDRM, tetapi bermula daripada diri sendiri.

Dalam majlis itu seramai 466 orang peserta telah mengikuti kursus pemanduan, latihan menunggang motosikal dan menduduki ujian telah berjaya lulus dan layak memperoleh­i Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal) dengan kadar bayaran RM200 dalam program itu di daerah ini.

Sementara itu Pengarah JPJ Negeri Sabah Haji Sadim Abdul berkata, Program SKSJ sejak diperkenal­kan pada tahun 2009 sehingga 14 November tahun ini, telah berjaya melaksanak­an 305 Siri Program SKSJ di seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah pelaksanaa­n itu seramai 136,192 calon berusia 40 tahun ke atas berjaya memperoleh­i Lesen P Kelas B2 (Motosikal).

Manakala bagi negeri Sabah, rekod menunjukka­n seramai 14,343 calon berjaya dilesenkan dalam tempoh yang sama.

Katanya, bagi tahun 2017 sahaja seramai 2,961 calon berjaya dilesenkan menerusi pelaksanaa­n tujuh Program SKSJ termasuk di Tambunan.

Tambahnya, kebiasaann­ya untuk mendapatka­n lesen B2 ini, institusi memandu akan mengenakan bayaran antara RM600 hingga RM800 tetapi melalui program ini peserta hanya membayar RM200 sahaja.

 ??  ?? PAIRIN (kiri) menyampaik­an lesen P kepada salah seorang penerima berumur 67 tahun.
PAIRIN (kiri) menyampaik­an lesen P kepada salah seorang penerima berumur 67 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia