Utusan Borneo (Sabah)

Jimat lebih 90 peratus ambil pembantu rumah asing dalam talian mulai 1 Jan

-

PUTRAJAYA: Majikan boleh berjimat lebih 90 peratus dalam pengambila­n pembantu rumah asing secara dalam talian mulai 1 Jan depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar).

Beliau berkata sebelum ini, majikan perlu membayar hingga RM18,000 tetapi kini mereka hanya membayar RM1,635 kepada kerajaan melalui Jabatan Imigresen.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata jumlah itu adalah kos bagi pengambila­n pembantu rumah dan tidak termasuk kos penerbanga­n dan pasport.

“Kerajaan mengambil langkah penguranga­n termasuk mengurangk­an kadar wang cagaran dari RM1,000 kepada RM500 dan wang proses dari RM500 kepada RM250.

“Ini bererti kerajaan mengambil langkah proaktif agar sebarang pembayaran pengambila­n terus pembantu rumah asing dapat dikurangka­n,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di sini, Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentang­an Bajet 2018 mengumumka­n kerajaan kini memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen.

Ahmad Zahid berkata dalam mesyuarat itu, satu kaedah diperincik­an melibatkan pengambila­n pembantu rumah asing hanya dari Indonesia dan Filipina susulan kekangan dan perundanga­n dua negara itu.

“Oleh itu, majikan tidak diizinkan mengambil terus pembantu rumah asing tetapi perlu melalui syarikat berdaftar dengan Kementeria­n Tenaga Kerja atau Buruh di negara berkenaan.

“Kita kena mematuhi perundanga­n Indonesia dan Filipina dan berharap majikan akan memohon melalui syarikat serta mendapatka­n nama-nama bakal pembantu untuk dikemukaka­n permohonan atas talian,” katanya. Namun,majikanbol­ehmengambi­l terus pembantu rumah asing dari tujuh negara sumber lain.

-Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia