Utusan Borneo (Sabah)

Cetus perancanga­n sesudah bersara

Kursus Pra Peralihan Bakal Pesara Tentera

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: ‘Sediakan payung sebelum hujan’, itulah yang penulis boleh simpulkan hasil temubual dengan beberapa bakal pesara tentera yang menyertai Kursus Pra Peralihan Bakal Pesara Tentera anjuran Perbadanan Hal Ehwal Bekas AngkatanTe­ntera (Perhebat) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Jumaat.

Rata-rata peserta kursus itu berasa cukup berpuas hati dan menganggap diri mereka beruntung diberikan pendedahan serta perkongsia­n ilmu yang bermanfaat bagi mengharung­i alam bersara kelak.

Anggota Tentera Laut Hazraaf Hamzah, 37, yang bakal bersara pada tahun 2020 berkata, kursus seumpama itu amat bermanfaat dalam

memberi idea selanjutny­a apabila tamat berkhidmat.

Sebelum ini, Hazraaf tidak pernah terfikir untuk merancang hala tuju sesudah bersara, namun selepas mengikuti kursus itu, fikirannya mula terbuka luas.

“Pada mulanya saya hanya terfikir menyertai latihan sambil bekerja sahaja, tapi setelah menghadiri kursus ini, idea sudah mencurah-curah keluar.

“Fikiran saya juga mula terbuka dan sekiranya diberikan rezeki, InshaAllah, saya akan memilih untuk bekerja sendiri sebagai usahawan bersama keluarga,” katanya yang berasal dari Negeri Sembilan.

Bagi pejuang udara Hasrol Nizam, 40, pula, dia baru menyedari akan peluang luas dalam pelbagai bidang yang disediakan oleh kerajaan kepada pesara tentera sepertinya.

Anak jati Perak itu berkata, walaupun tidak mempunyai minat mendalam dalam perniagaan, dia tetap berhasrat mencuba buat yang terbaik sekiranya diberikan

peluang.

“Memandangk­an saya bukan kaki bisnes, sudah tentu fikiran tiada terlintas menjadi usahawan ... namun, setelah bersua dengan rakan lama yang sudah bersara dan berjaya dalam perniagaan masing-masing, perasaan itu akhirnya berubah perlahanla­han.

“Kalau ada rezeki, sudah tentu saya akan berusaha menyelami bidang terjun ini dan bercadang mengusahak­annya di Sabah sahaja memandangk­an persaingan tidaklah begitu sengit jika dibandingk­an di negeri sendiri,” katanya yang akan menghabisk­an sisa perkhidmat­an tinggal dua tahun lagi.

Sementara itu, Tentera Darat Gilbert Alfred, 42, berkata, pelbagai manfaat diperoleh oleh bakal pesara melalui kursus berkenaan khususnya melibatkan pengurusan hidup setelah bersara.

Selain itu katanya, ia juga memberi peluang kepada bakal pesara mengetahui peluang kerjaya yang ada di luar sana.

“Tindakan Perhebat dalam mewajibkan setiap bakal pesara tentera menghadiri kursus ini adalah amat bertepatan dalam membuka pasaran kerjaya mereka nanti.

“Justeru, saya menyeru rakan-rakan lain yang bakal bersara supaya rebut peluang yang diberikan kerana ianya adalah keperluan apabila bersara,” katanya yang sudah berkhidmat hampir 20 tahun.

Terdahulu, seramai 75 peserta terdiri daripada anggota tentera laut, darat dan udara menyertai kursus berkenaan yang berlangsun­g selama lima hari itu.

“Pada mulanya saya hanya terfikir menyertai latihan sambil bekerja sahaja, tapi setelah menghadiri kursus ini, idea sudah mencurah-curah keluar. Fikiran saya juga mula terbuka dan sekiranya diberikan rezeki, InshaAllah, saya akan memilih untuk bekerja sendiri sebagai usahawan bersama keluarga.

HAZRAAF HAMZAH, Anggota Tentera Laut

 ??  ?? GILBERT
GILBERT
 ??  ?? HASROL
HASROL
 ??  ?? HAZRAAF
HAZRAAF
 ??  ?? KETUA Pengarah Perhebat Ahmad Tajudin Jaafar menyampaik­an sijil kepada Hazraaf.
KETUA Pengarah Perhebat Ahmad Tajudin Jaafar menyampaik­an sijil kepada Hazraaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia