Utusan Borneo (Sabah)

Remaja antara yang ditahan bersama dadah RM600,000

-

ROMPIN: Seorang remaja antara empat lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah yang dianggarka­n bernilai lebih RM600,000 di Rompin, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Azli Mohd Noor berkata suspek berusia antara 16 hingga 27 tahun itu ditahan sebaik sahaja keluar daripada dua buah kereta di hadapan sebuah pasar mini di Taman Impiana, Kuala Rompin, di sini, pada jam 8.50 pagi.

Mereka dipercayai berada di situ untuk urusan menjual dadah yang diperoleh dari Kuala Lumpur kepada pembeli sekitar daerah ini, tambahnya.

“Pemeriksaa­n di bahagian tempat duduk belakang kereta Honda City dinaiki suspek menemukan 15 bungkusan plastik berwarna ungu berisi dadah jenis heroin dan satu sampul surat mengandung­i 20 paket aluminium mengandung­i 200 biji pil Eramin 5.

“Polis kemudian menggeleda­h kereta Kia Forte dan menemui beg galas mengandung­i ketulan dan serbuk kristal dipercayai syabu yang disimpan di dalam dua sampul surat dalam beg itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di sini, pada Jumaat.

Azli berkata polis juga merampas wang tunai RM5,220, beberapa buah telefon bimbit dan dua kenderaan yang digunakan suspek.

Beliau mengesahka­n siasatan awal juga mendapati semua suspek termasuk remaja yang tidak lagi bersekolah itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

“Semua suspek berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur, dengan dua daripada mereka disahkan positif dadah,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia