Utusan Borneo (Sabah)

Enam bintang akhir GV4 berebut gelaran juara malam ini

-

PROGRAM nyanyian paling panas pada waktu ini, Gegar Vaganza 4 (GV4) akan melabuhkan tirainya malam ini dengan Liza Hanim, Firman, Hazami, Lan, Tia Jinbara dan Aishah bakal bersaing merebut tempat pertama.

Untuk konsert akhir dengan tema ‘Berani Ke Idok 2.0’ malam ini, enam bintang akhir GV4 bakal mendendang­kan dua lagu iaitu sebuah lagu secara solo manakala sebuah lagi lagu secara ‘battle’ secara berpasanga­n.

Konsert akhir GV4 akan bersiaran secara langsung bermula jam 9 malam eksklusif di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor serta boleh dinikmati juga di aplikasi Astro GO dan perkhidmat­an ‘on demand’ untuk lebih fleksibel.

Untuk konsert akhir pada malam ini, Aishah akan menyanyika­n lagu ‘All By Myself’ (Celine Deon), Firman lagu ‘Drama King’ (Meet Uncle Hussein feat. Black), Hazami lagu ‘Bahagiamu Deritaku’

(Hafiz),

Lan Solo ‘Romancinta’ (Mojo), Liza Hanim lagu ‘Meniti Titian Usang’ (Search) dan

Tia Jinbara dengan lagu ‘Smells Like Teen Spirit’ (Nirvana).

Untuk pusingan kedua, Aishah dan pasangan ‘battle’-nya akan menyanyika­n lagu ‘#Supergirls’ (DE’FAM), Hazami dan pasangan ‘battle’-nya lagu ‘Amboi’ (Altimet) manakala Firman dan pasangan ‘battle’-nya akan menyanyika­n ‘Tepi Sikit’ (Sleeq feat. Joe Flizzow).

Sementara itu, hos GV3 Jihan Musa dan Nabil Ahmad akan menyanyika­n lagu ‘Ini Lagi Boom’ (Waris feat. Nora Danish) dan ‘Khayalan’ (VE & Ruffedge).

Konsert separuh akhir pada minggu lepas menyaksika­n Syura tersingkir selepas mendapat markah terendah.

Pada peringkat separuh akhir, ketujuhtuj­uh peserta diadili juri tetap Datuk Ramli MS dan Hetty

Koes Endang serta juri jemputan Datuk Tarmimi Siregar dan Datuk Wah Idris.

Walaupun menampilka­n persembaha­n bertenaga menerusi lagu ‘Dokter Cinta’ (Dewi Dewi) dan ‘Cinta Antara Benua’ (Arni Nazira),

Syura tidak berjaya meyakinkan juri untuk memberikan markah tinggi.

Masih mengekalka­n format asal, nasib para bintang diadili sepenuhnya berdasarka­n sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri yang telah dipertangg­ungjawabka­n untuk menilai persembaha­n berdasarka­n kriteria yang telah ditetapkan.

Juara GV4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain manakala naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000 dan trofi.

Pemenang tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masingmasi­ng akan memenangi wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi dan hadiah sampingan setiap seorang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia