Utusan Borneo (Sabah)

SPRM senaraikan 800 nama pesalah rasuah

Pengwujuda­n pangkalan data pesalah antara pencapaian SPRM banteras dan perangi rasuah

-

MIRI: Pengwujuda­n pangkalan data pesalah rasuah di laman sesawang Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menyenarai­kan lebih kurang 800 nama pesalah rasuah.

Pembinaan pangkalan data tersebutme­rupakansal­ahsatu pencapaian inisiatif SPRM dalam usaha membantera­s dan memerangi rasuah.

Pengarah SPRM Sarawak Datuk Badrul Shah Norman berkata pelbagai inisiatif masih dalam pelaksanaa­n termasuk proses pusingan kerja bagi individu dan jawatan-jawatan dianggap sebagai ‘hot spot’.

“Pada masa sama, SPRM juga melancarka­n satu lagi kempen memerangi gejala rasuah dinamakan 3J iaitu Jangan Hulur, Jangan Kawtim dan Jangan Settle.

“Tujuan kempen ini ialah menyampaik­an mesej kesedaran kepada rakyat agar mereka tidak terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa melalui cara penerimaan mahupun pemberian rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Untuk Pegawai dan Kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Wilayah III Miri di sini pada Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh wakilnya, Penguasa SPRM Cawangan Miri Ayahtullah Abdula Humair.

Turut hadir Pengarah Unit Integriti LKIM Azmi Othman, Penolong Pegawai Kanan Unit Integriti LKIM Noorazmi Md Ariffin dan Pegawai LKIM Wilayah III Miri Saliah Mudin.

Sementara itu, beliau merakamkan setinggiti­nggi penghargaa­n kepada pengurusan LKIM Wilayah III Miri kerana menyahut seruan SPRM mengambil inisiatif menandatan­gani IBR.

Menurutnya, inisiatif itu menunjukka­n komitmen tinggi LKIM Wilayah III Miri membantu SPRM dalam usaha memerangi jenayah rasuah agensi terbabit.

“Kita tidak mahu perkhidmat­an awam dicemari dengan perbuatan rasuah dan pegawai kanan dilihat menjalani kehidupan mewah melebihi pendapatan­nya serta mengumpul harta melalui perbuatan jenayah rasuah kerana perbuatan itu boleh menjejaska­n keseluruha­n imej perkhidmat­an awam.

“Kita perlu bergabung tenaga memastikan setiap kita memikul tanggungja­wab sosial dan moral kepada diri, masyarakat dan negara.

“Semoga usaha kita memerangi rasuah dapat mewujudkan persekitar­an bebas rasuah di Malaysia,” katanya.

Pada majlis itu menyaksika­n seramai 43 pegawai dan kakitangan LKIM Wilayah III Miri melafazkan IBR diketuai Pegawai LKIM Wilayah III Saliah Mudin.

“Pelbagai inisiatif masih dalam pelaksanaa­n termasuk proses pusingan kerja bagi individu dan jawatan-jawatan dianggap sebagai ‘hot spot’. Pada masa sama, SPRM juga melancarka­n satu lagi kempen memerangi gejala rasuah dinamakan 3J iaitu Jangan ” Hulur, Jangan Kawtim dan Jangan Settle. DATUK BADRUL SHAH NORMAN Pengarah SPRM Sarawak

 ??  ?? PEGAWAI dan kakitangan LKIM Wilayah III Miri melaksanak­an lafaz IBR memerangi gejala rasuah dalam jabatan itu.
PEGAWAI dan kakitangan LKIM Wilayah III Miri melaksanak­an lafaz IBR memerangi gejala rasuah dalam jabatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia