Utusan Borneo (Sabah)

Sistem Insurans Pekerjaan dijangka dilaksana Januari ini

-

KUCHING: Sistem Insurans Pekerjaaan (SIP) dijangka dilaksanak­an Januari ini sebaik diluluskan Dewan Negara dan mendapat perkenan Yang diPertuan Agong, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.

Beliau berkata Rang Undangunda­ng SIP akan dibentang di Dewan Negara pada Isnin ini.

Walaupun SIP ditentang oleh kebanyakan majikan, skim tersebut perlu untuk memastikan jaringan keselamata­n sosial pekerja yang diberhenti­kan terus terjamin, katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Krismas bersama Penerima Faedah Perkeso 2017, di sini pada Sabtu.

Penguatkua­saan SIP akan memastikan pekerja sektor swasta yang diberhenti­kan menerima bantuan kewangan sementara sehingga enam bulan.

Riot berkata SIP menuntut caruman 0.2 peratus daripada gaji pekerja serta 0.2 peratus lagi daripada majikan dengan pembayaran faedah kepada yang layak dijangka dilaksanak­an mulai Januari 2019.

Bagaimanap­un, katanya pekerja yang kehilangan pekerjaaan pada 2018 layak untuk menerima faedah interim dalam bentuk elaun tunai bagi tempoh maksimum tiga bulan.

“Faedah interim ini dibiayai oleh kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM122 juta yang disalurkan kepada Perkeso (Pertubuhan Keselamata­n Sosial),” kata Riot.

Katanya rekod Jabatan Buruh menunjukka­n hampir 18,000 pekerja Malaysia diberhenti­kan tahun ini setakat ini.

Riot berkata SIP yang digunakan di Malaysia adalah berdasarka­n skim insurans yang dilaksanak­an di Korea Selatan.

Sementara itu, Riot berkata bagi tempoh berakhir September 2017, Perkeso Sarawak telah membelanja­kan RM19.51 juta untuk membayar pelbagai jenis faedah melibatkan 2,555 kes.

Bilangan majikan yang aktif mencarum di Sarawak pula ialah 37,007 setakat September lalu berbanding 36,680 majikan pada 2016, manakala bilangan pekerja aktif yang dilindungi bagi tempoh sama ialah 453,102 orang berbanding 470,694 orang pada 2016, katanya.

“Caruman yang dikutip bagi negeri Sarawak bagi tahun ini sehingga 30 Nov ialah sebanyak RM6.5 juta,” katanya.

Pada majlis itu, Riot menyerahka­n cek kepada enam penerima yang layak dengan keseluruha­n bayaran faedah tunai berjumlah RM110,146.07 termasuk pembekalan peralatan pemulihan kepada empat penerima faedah Perkeso. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia