Utusan Borneo (Sabah)

CARI MEKANISME TERBAIK

Mendepani masalah banjir pada masa hadapan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA BELUD: Kerajaan negeri terus mencari mekanisme baharu bagi mengurangk­an kesan banjir melalui penganjura­n Mesyuarat Khas bersama Pemimpin Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Belud di pejabat daerah di sini pada Sabtu.

Mesyuarat dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Adun Usukan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak, Adun Tempasuk Datuk Musbah Jamli, Adun Kedamaian Ukoh @ Jeremy Malajad dan Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam.

Menurut Rahman, selain membuat kajian mengenai keadaan banjir di Kota Belud, mesyuarat itu turut mencari mekanisme terkini dalam mendepani masalah banjir pada masa hadapan.

“Sekiranya air naik mendadak, langkah-langkah seperti proses memindahka­n mangsa dan mengaktifk­an pusat pemindahan dilakukan dengan cekap dan pantas, maka proses mencari dan menyelamat akan menjadi lebih lancar.

“Begitu juga dengan keperluan mangsa banjir semasa dan selepas musibah banjir,” katanya dalam satu kenyataan media.

Selainituk­atanya,mesyuarat itu juga membincang­kan secara terperinci mengenai mekanisme dalam menangani banjir bersama Jabatan Pengairan Sabah.

“Sebelum ini, saya pernah mengumumka­n bahawa kerajaan telah menyediaka­n peruntukan sebanyak RM80 juta bagi menjalanka­n kerja membaik pulih serta mendalamka­n dua sungai di daerah ini bagi mengatasi masalah banjir.

“Hari ini, kita melihat lagi inisiatif lain bersama Jabatan Pengairan Negeri Sabah terhadap isu sungai di Kota Belud dan bagaimana ia mampu ditambahba­ik dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang,” katanya.

Turut hadir ialah wakil setiap agensi terlibat seperti Pejabat Daerah Kota Belud, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), jabatan-jabatan negeri Sabah, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan SESB bagi membincang­kan gerak kerja terkini.

 ?? GambarBern­ama ?? MERIAH: Suasana pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur menjadi tarikan orang ramai dengan dekorasi pokok Krismas sempena sambutan Hari Natal pada 25 Dis ini. Pengunjung mengambil kesempatan membawa anggota keluarga ketika musim cuti sekolah dan...
GambarBern­ama MERIAH: Suasana pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur menjadi tarikan orang ramai dengan dekorasi pokok Krismas sempena sambutan Hari Natal pada 25 Dis ini. Pengunjung mengambil kesempatan membawa anggota keluarga ketika musim cuti sekolah dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia