Utusan Borneo (Sabah)

Hentikan penggunaan beg plastik dan styrofoam

-

MIRI: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata sudah tiba masanya orang awam sedar bahaya penggunaan plastik dan styrofoam sehingga menyebabka­n penyakit kanser.

Justeru, beliau mengingatk­an orang awam mengubah sikap yang sudah biasa menggunaka­n beg plastik dan styrofoam demi menjaga kesihatan selain memelihara kelestaria­n alam sekitar.

“Penggunaan beg plastik dan stryofoam sudah menjadi kebiasaan masyarakat tanpa kita sedari penggunaan berterusan bahan ini bukan hanya menjejaska­n alam sekitar malah kesihatan pengguna.

“Sudah lama kita dimaklumka­n penggunaan plastik dan stryofoam khususnya pembungkus­an makanan merupakan salah satu faktor penyumbang kanser,” katanya pada Majlis Pelancaran Setiap Ahad Tanpa Beg Plastik dan Larangan Penggunaan Stryofoam anjuran Majlis Bandaraya Miri (MBM) di sini pada Jumaat.

Dr Sim berkata, kementeria­nnya mengambil inisiatif melancarka­n Kempen Setiap Ahad Tanpa Beg Plastik dan Larangan Penggunaan Styrofoam di semua tempat makan dan beberapa bandar utama di Sarawak mulai 1 Januari depan.

Enam pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), MBM, Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), Majlis Perbandara­n Padawan(MPP),MajlisPerb­andaran Kota Samarahan (MPKS) dan Majlis Daerah Serian (MDS).

Terdahulu, Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata orang awam digalakkan membawa beg eko atau beg kertas sendiri bagi menggantik­an beg plastik semasa membeli-belah di pusat beli-belah atau pasar raya.

Beliau mengingatk­an pengusaha restoran dan outlet makanan agar mematuhi peraturan tidak menggunaka­n styrofoam seperti diarahkan sejak Jun lalu.

“Saya percaya pengusaha makanan dapat mematuhi peraturan ini memandangk­an MBM sudah lama memaklumka­n peraturan ini.

“Saya berharap penggunaan styrofoam dihentikan sebelum 1 Januari depan,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Piasau Datuk Sebastian Ting, Setiausaha Tetap Kerajaan Tempatan dan Perumahan Bakrie Zaini, ketua-ketua jabatan dan masyarakat, kaunselor dan ahliahli Agenda Tempatan 21.

Pada majlis itu, Dr Sim turut menyampaik­an poster kempen kepada wakil pusat beli-belah dan pasar raya sekitar Miri.

 ??  ?? Barisan depan, dari kanan SEBASTIAN, Adam, Dr Sim dan Bakrie bersama tetamu dan wakil pusat belibelah memegang poster Kempen Setiap Ahad Tanpa Beg Plastik dan Larangan Penggunaan Styrofoam di Miri.
Barisan depan, dari kanan SEBASTIAN, Adam, Dr Sim dan Bakrie bersama tetamu dan wakil pusat belibelah memegang poster Kempen Setiap Ahad Tanpa Beg Plastik dan Larangan Penggunaan Styrofoam di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia