Utusan Borneo (Sabah)

Kapal tangki terputus bekalan makanan dibantu

-

KUCHING: Sebuah kapal tangki dalam pelayaran dari Johor ke Sabah yang terputus bekalan makanan kelmarin (Khamis) ekoran kerosakan jentera utama berjaya mendapat bekalan makanan dan minuman.

Kapal tangki yang dikenali MT SOUTHERN WATER 1 dari Pasir Gudang ke Telok Sepanggar, Kota Kinabalu itu mengalami kerosakan jentera utama dan berada di kedudukan kira-kira 47 batu nautika dari Kuala Rejang, Tanjung Manis.

Pengarah Daerah Maritim Kuching Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, kapal tangki dengan muatan 242 tan metrik ‘dilluted phenol’ (gam papan lapis)dilaporkan telah rosak pada 8 Disember 2017.

Jelasnya mereka terputus bekalan makanan pada 14 Disember 2017 sementara menunggu bot tunda yang lewat tiba disebabkan keadaan cuaca yang buruk.

“Pemilik kapal telah memohon bantuan daripada Maritim Malaysia melalui Maritime Rescue Coordinati­on Centre (MRCC) di Putrajaya awal pagi semalam (14 Disember) untuk menghantar bekalan makanan dan minuman kepada tujuh kru kapal tersebut.

“Sebaik Pusat Operasi Maritim Wilayah Sarawak menerima maklumat daripada MRCC pada jam 10.30 pagi, satu operasi khas bantuan penghantar­an bekalan makanan dan minuman ke kapaltangk­iMTSOUTHER­N WATER 1 telah diaktifkan segera,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini pada Jumaat.

Tambah Shahref, berikutan itu Kapal Maritim (KM) SEMILANG dari Pangkalan Maritim Tanjung Manis telah ditugaskan untuk menghantar bekalan tersebut pada jam 2.50 petang.

Katanya kapal MT SOUTHERN WATER 1 telah ditemui berhampira­n lokasi yang dilaporkan sekitar jam 8.35 malam dan kerja pemindahan bekalan makanan dan minuman berjaya dilaksanak­an.

Beliau pada masa yang sama menggesa kepada orang ramai jika terdapat sebarang kemalangan atau kejadian kecemasan di laut Sarawak, segera menghubung­i talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Wilayah Sarawak (082-432544) atau nombor kecemasan 999.

Ia bagi membolehka­n tindakan segera diambil oleh Maritim Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia