Utusan Borneo (Sabah)

KPDNKK Sarikei lancar Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas

-

SARIKEI: Sempena Hari Krismas bakal menjelang, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sarikei melancarka­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas.

Skim Kawalan Harga Musim Krismas itu berlangsun­g lima hari bermula 23 hingga 27 Disember ini.

Terdapat 14 senarai barangan harga terkawal dalam skim ini.

Antaranya ayam hidup (RM7.80/ sekilogram (kg), ayam standard (RM9.00/kg), ayam super (RM9.50/ kg), ayam tua hidup (RM6.70/kg), ayam belanda import (RMRM30/ kg), kepak ayam (RM13/kg), daging kambing/biri-biri import bertulang (RM30/kg), telur ayam gred A (RM0.39 sebiji), telur ayam gred B (RM0.38 sebiji), telur ayam gred C (RM0.37 sebiji), kubis bulat import (RM4/kg), bawang putih China (RM12.50/kg), tomato (RM7/kg), lada benggala hijau (RM 13/kg), daging babi (perut) (RM19.50/ kg) dan babi (daging dan lemak RM18.50/kg).

Semua harga barangan terkawal itu adalah untuk kawasan Sarikei, Julau, Pakan dan Meradong.

Denganpela­ksanaanSki­mKawalan Harga Musim Perayaan Krismas itu, semua peniaga diminta meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada item tersenarai dalam skim terbabit.

Tindakan akan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi mana-mana peniaga gagal mematuhi peraturan itu.

Pengguna mempunyai maklumat atau sebarang aduan boleh menghubung­i Pejabat Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Sarikei di talian 084657751 (bilik gerakan)atau dengan menghantar e-mel ke laman web: www.kpdnkk.gov.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia