Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan semua pihak diperlukan

Untuk mengangkat mutu sukan negeri ini ke tahap yang lebih baik

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sokongan semua pihak amat diperlukan dalam usaha mengangkat mutu sukan negeri ini ke tahap yang lebih baik.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Masiung Banah berkata, sudah sampai masanya bagi Sabah untuk mengubah kedudukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) daripada kedudukan corot kepada yang lebih baik.

“Dalam penyertaan di SUKMA, Sabah selalu berada di kedudukan 10 atau 12 yang terakhir. Kami di Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) tidak mempunyai keupayaan untuk mengangkat maruah sukan secara bersendiri­an.

“Oleh itu, kami memerlukan sokongan daripada presidenpr­esiden persatuan, badanbadan bukan kerajaan, badanbadan korporat, pegawaipeg­awai daerah, wakil-wakil rakyatdana­ndauntukme­ncapai cita-cita itu,” katanya semasa menyempurn­akan Majlis Perasmian Penutupan Sukan Sabah (SAGA) ke-8 Sandakan 2017 di Kompleks Sukan Sandakan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Masiung berkata sepanjang perkampung­an SAGA ke-8 berlangsun­g di Sandakan, pelbagai peristiwa dan kenangan manis telah dilalui oleh para atlet.

Antaranya, mereka dapat saling mengenali antara satu sama lain tanpa mengira suku, bangsa, agama dan kepelbagai­an kaum.

Dan, beliau pasti persahabat­an yang dibina dalam tempoh seminggu berkenaan tidak terputus sebaliknya ada kesinambun­gan di masa akan datang.

Selain itu, para atlet yang berjaya juga pastinya membawa kegembiraa­n kepada kontinjen serta keluarga masing-masing, lebih-lebih lagi buat mereka yang tidak berpeluang hadir menyaksika­n acara sukan secara langsung.

“Selama seminggu di Sandakan, SAGA adalah saksi kepada semuanya. Di kompleks ini serta beberapa venue lain ini juga ada beberapa rekod sukan berjaya dipecahkan.

“Selain itu, kita dapat lihat kemunculan atlet-atlet baharu dan kebolehan-kebolehan baharu dapat ditampilka­n. Kita dapat lihat bukan sahaja juara, tetapi handalan baharu untuk diserlahka­n pada masa akan datang. Inilah antara objektif dalam penganjura­n SAGA.

“Meskipun SAGA berakhir, namun saya tidak izinkan semangat juang para atlet turut berakhir di sini. Ini kerana kita ada agenda yang lebih besar iaitu untuk muncul juara dalam SUKMA,” jelasnya.

Masiung menerusi KBSS turut melahirkan penghargaa­n terhadap Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman yang tidak putus-putus memberi sokongan terhadap sebarang program bukan sahaja melibatkan sukan, tetapi belia itu sendiri.

SAGA ke-8 Sandakan 2017 menutup tirainya dengan menyaksika­nKeningaum­uncul juara keseluruha­n diikuti tuan rumah, Sandakan dan Kota Kinabalu masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Olahragawa­n kejohanan dinobatkan kepada atlet olahraga tuan rumah, Mohammad Erwan Amir Hamja, 17, manakala olahragawa­ti ialah atlet Tawau, Nur Wazira Izzati Junaidi dari sukan memanah.

SAGA ke-9 akan berlangsun­g di Keningau, Tenom dan Tambunan sebagai penganjur bersama pada 2019.

 ??  ??
 ??  ?? MASIUNG menyampaik­an hadiah kepada Mohammad Erwan selaku olahrawaga­n bagi SAGA kali ini.
MASIUNG menyampaik­an hadiah kepada Mohammad Erwan selaku olahrawaga­n bagi SAGA kali ini.
 ??  ?? MASIUNG (empat, kiri) menyerahka­n bendera kejohanan kepada Keningau, Tenom dan Tambunan selaku penganjur bersama SAGA ke-9.
MASIUNG (empat, kiri) menyerahka­n bendera kejohanan kepada Keningau, Tenom dan Tambunan selaku penganjur bersama SAGA ke-9.
 ??  ?? AKSI si Agai pada malam penutupan SAGA ke-8 di Kompleks Sukan Sandakan.
AKSI si Agai pada malam penutupan SAGA ke-8 di Kompleks Sukan Sandakan.
 ??  ?? KENINGAU selaku juara keseluruha­n bagi SAGA ke-8 di Sandakan.
KENINGAU selaku juara keseluruha­n bagi SAGA ke-8 di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia