Utusan Borneo (Sabah)

SRD Tawau raikan ulang tahun kedua penubuhan

- Oleh NORHAYATI TANGNGA

TAWAU: Kelab bola sepak Manchester United, Sabah Red Devils Tawau (SRD Tawau) telah mengadakan majlis makan malam sempena ulang tahunnya yang ke2 pada Rabu ( 13 Disember).

Majlis telah berlangsun­g dengan meriahnya di Kafe Chiffonade, Kubota Square yang juga merupakan rumah kelab kepada ahli.

Majlis makan malam ini juga telah diserikan dengan kehadiran ahli kelab SRD Tawau serta keluarga.

SRD Tawau telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan setakat ini mempunyai 40 orang ahli yang berdaftar.

Majlis makan malam ini juga turut dimeriahka­n lagi dengan acara cabutan bertuah, acara permainan untuk ahli dan keluarga.

Hadiah utama untuk cabutan bertuah merupakan jersi Manchester United, disamping hadiah lain berupa hamper, barangan elektrik dan barangan cenderamat­a Manchester United.

Pengurusi Kelab, Lo Tshun Ket berkata kelab mereka telah mencatatbe­berapakeja­yaansepert­i mengutip dana sebanyak RM5,000 melalui Larian Amal 2017 pada 10 September lalu dan hasil kutipan itu telah disumbangk­an kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kabota yang merupakan pusat untuk anak-anak autism.

‘Sebagai satu kelab rasmi, kami juga mampu mengatur agar ahli yang ingin melawat bandar Manchester untuk berjumpa dengan idola mereka boleh berbuat demikian dengan harga perjalanan yang lebih murah’, katanya lagi.

Lo juga berkata ahli yang berminat untuk pergi ke England dan berjumpa dengan idola mereka boleh memohon dan pihak kelab akan berusaha untuk mengurangk­an kos perjalanan mereka.

Beliau juga berkata, tujuan utama kelab ini adalah untuk mengumpul semua peminat kelab Manchester United dibawah satu payung dan menjalanka­n aktiviti sebagai satu pasukan.

Lo juga sangat berharap di tahun 2018 lebih banyak lagi peminat Manchester United yang akan mendaftar untuk menjadi ahli kelab SRD Tawau. Kepada peminat-peminat Manchester United yang ingin menjadi ahli SRD Tawau bolehlah terus menghubung­inya di H/P No. 0162480276 atau datang terus ke kafe Chiffonade, di Kubota Square.

Lo Kit mengucapka­n ribuan terima kasih kepada ahli-ahli SRD Tawau yang banyak memberi kerjasama dan sokongan untuk terus bergiat aktif dengan SRD Tawau dan berharap tahun hadapan akan banyak lagi aktiviti yang akan diadakan.

 ??  ?? LO (duduk tengah) bergambar kenangan bersama ahli-ahli Sabah Red Devils Tawau (SRD Tawau).
LO (duduk tengah) bergambar kenangan bersama ahli-ahli Sabah Red Devils Tawau (SRD Tawau).
 ??  ?? LO (tengah) memotong kek ulangantah­un ke-2 tahun Sabah Red Devils Tawau (SRD Tawau).
LO (tengah) memotong kek ulangantah­un ke-2 tahun Sabah Red Devils Tawau (SRD Tawau).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia