Utusan Borneo (Sabah)

Beluran cipta sejarah

Raih pingat emas sepak takraw berpasukan lelaki SAGA 2017

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Pasukan Beluran mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya meraih pingat emas acara sepak takraw berpasukan Sukan Sabah (SAGA) Ke-8, 2017 yang berakhir di Dewan Kompleks Sukan Komuniti Libaran di Pekan Muhibah, di sini pada petang Jumaat.

Beluran yang dibimbing jurulatih Arsat Kadir dan Mohd Zaini Abd Razak serta pengurus pasukan, Mohd Nasri Jalil meraih pingat ketiga dan emas tung- gal kontinjen Beluran selepas menewaskan Papar 2 – 1 pada perlawanan akhir yang menarik dan mendebarka­n.

Ketiga-tiga regu mantap yang diturunkan kedua-dua pasukan terpaksa bersaing dalam tiga set untuk menentukan pemenang.

Regu A Beluran yang diwakili Jiprah Jalak, Marjohan Majunting dan Sidik Arsan @ Palak bagaimanap­un tewas 1 – 2 kepada regu A Papar (21-14,14-21, 1021) untuk Papar mendahului 1 - 0.

Hasrat Papar memenangi pingat emas lebih awal melalui regu B tidak kesampaian apabila regu B Beluran yang dibarisi Lisboy Sapri, Mohd Shafirol Kasba dan Hasrian Japri berjaya menewaskan Papar 2 – 1 (12-21, 21-8, 218) untuk mengikat kedudukan seri 1 – 1 secara berpasukan.

Regu C terpaksa menjadi penentu kemenangan acara berpasukan itu yang menyaksika­n Beluran terus bersemanga­t tinggi memburu pingat emas yang akhirnya berjaya direalisas­ikan oleh gandingan Jaslin Asmadin, Kelvin Asmadin dan Rio Madin yang memenangi perlawanan itu 2 – 1 (14-21, 21-17, 21-8).

Bagaimanap­un, perlawanan akhir regu C tertangguh hampir 20 minit pada kedudukan mata Beluran mendahului Papar 14 - 6 kerana bekalan elektrik tiba-tiba terputus dan dewan bergelap seketika.

Tempat ketiga dimenangi bersama oleh Tawau dan Kota Marudu yang masing-masing tewas pada saingan separuh akhir. Beluran menewaskan Tawau 2 – 1 manakala Papar menundukka­n Kota Marudu 2 – 0.

Bagi kategori berpasukan wanita, johan dimenangi pasukan Kudat yang menewaskan Keningau 2 – 1.

Regu A Kudat menang 2 - 0 (21-14, 21-8), namun Regu B Kudat ditewaskan oleh Regu B Keningau juga 2 – 0 (21-13, 21-19).

Pemburuan pingat emas berpasukan wanita juga terpaksa ditentukan oleh Regu C yang akhirnya kemenangan berpihak kepada pasukan Kudat (21-0), 21-0) atas ‘masalah teknikal’ di pihak pasukan Keningau.

Tempat ketiga bersama berpasukan wanita masing-masing dimenangi pasukan Tawau dan Tongod. Kudat menamatkan cabaran Tongod 2 – 0, manakala Keningau mengenepik­an Tawau juga 2 – 0 pada saingan separuh akhir.

Majlis penyampaia­n hadiah (pingat) dan maskot ‘Agai’ (beruang madu) disempurna­kan oleh Naib Presiden II Astaka yang Timbalan Ketua Deligat Teknikal Sepak Takraw SAGA Ke-8, 2017 Haji Abd Rahman Abdullah Salleh.

 ??  ??
 ??  ?? PAPAR tetap ceria memenangi pingat perak selepas kecundang 1 -2 kepada pasukan Beluran pada perlawanan akhir sepak takraw berpasukan lelaki.
PAPAR tetap ceria memenangi pingat perak selepas kecundang 1 -2 kepada pasukan Beluran pada perlawanan akhir sepak takraw berpasukan lelaki.
 ??  ?? ABD RAHMAN (Naib Presiden II Astaka) merangkap Timbalan Ketua Deligat Teknikal Sepak Takraw SAGA Ke-8, 2017 menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.
ABD RAHMAN (Naib Presiden II Astaka) merangkap Timbalan Ketua Deligat Teknikal Sepak Takraw SAGA Ke-8, 2017 menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.
 ??  ?? KENINGAU ‘terlepas’ pingat emas dan terpaksa akur menerima pingat perak dalam acara sepak takraw berpasukan wanita Sukan Sabah (SAGA) 2017.
KENINGAU ‘terlepas’ pingat emas dan terpaksa akur menerima pingat perak dalam acara sepak takraw berpasukan wanita Sukan Sabah (SAGA) 2017.
 ??  ?? (Gambar atas) PASUKAN Beluran bimbingan jurulatih Arsat Kadir (lima kiri) mencipta sejarah meraih pingat emas acara sepak takraw berpasukan lelaki Sukan Sabah (SAGA) Ke-8, 2017 di Sandakan. (Gambar kanan) KUDAT turut mencipta sejarah menjuarai sepak...
(Gambar atas) PASUKAN Beluran bimbingan jurulatih Arsat Kadir (lima kiri) mencipta sejarah meraih pingat emas acara sepak takraw berpasukan lelaki Sukan Sabah (SAGA) Ke-8, 2017 di Sandakan. (Gambar kanan) KUDAT turut mencipta sejarah menjuarai sepak...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia