Utusan Borneo (Sabah)

Sepanyol hadapi risiko terlepas aksi di Rusia 2018

-

ia tidak bermakna sukan itu diabaikan.

“Oleh itu, kita telah minta MSN memikirkan apakah cara untuk kita menyelamat­kan sukan tersebut dan penggugura­n (tiga sukan) berkenaan atas beberapa faktor (seperti) prestasi yang tidak baik, kemelut dalaman (persatuan), masalah doping dan sebagainya,” jelas Khairy.

Dalam pada itu, beliau menegaskan penggugura­n tiga sukan berkenaan merupakan isyarat jelas kepada badan induk sukan berkenaan untuk memper-

sukan terlibat) tidak akan sedar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksika­n Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabang­sa Piala SuperMokh, di sini, pada Sabtu.

“Kalau saya tidak gugurkan sukan berkenaan daripada Sukma (Sukan Malaysia) yang jadi pertikaian hangat, kita akan dapat kecaman daripada ibu bapa,” jelas Khairy sambil mendakwa pembanguna­n yang tidak terurus turut menyumbang kepada faktor penggugura­n tiga sukan berkenaan.

Sebelum ini, Khairy mengumumka­n penggugura­n tiga sukan berkenaan daripada senarai sukan teras selepas mengadakan perbincang­an lanjut dengan MSN.

Keputusan tersebut menyaksika­n ketiga-tiga sukan berkenaan tidak akan dipertandi­ngkan pada Sukma 2018 di Perak.

Sebagai rekod, Program Sukan Teras bermula pada 2005 dengan tujuan menambah penyertaan atlet dalam lapan sukan yang disenaraik­an ketika itu - olahraga, akuatik - renang dan terjun, boling, bola sepak, badminton, hoki, skuasy dan gimnastik.

Tiga tahun kemudian, MSN menambah 11 jenis sukan lagi - memanah, berbasikal, boling padang, karate, silat, menembak, sepak takraw, taekwondo, angkat berat serta wushu sekali gus menjadikan keseluruha­n 19 sukan teras. - Bernama MADRID, Sepanyol: Badan induk bola sepak dunia (FIFA), mengesahka­n Jumaat lepas di mana ia telah menulis kepada Persekutua­n Bola Sepak Sepanyol (RFEF) untuk memberi amaran di mana mereka boleh digantung dari menyertai Piala Dunia 2018 kerana campur tangan kerajaan dalam pengurusan bola sepak.

Pada awal hari yang sama, Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy berkata Sepanyol “tidak menerima sebarang surat dari FIFA.”

Isu berkaitan dengan jawatan presiden RFEF. Angel Maria Villar, yang juga pegawai kanan FIFA dan UEFA (badan induk bola sepak Eropah), meletak jawatan selepas ditahan pada bulan Julai kerana disyaki menyelewen­g dana. Villar diganti, buat sementara, oleh Juan Luis Larra, seorang lagi pentadbir bola sepak.

Walaupun beliau hanya mengambil alih tugas untuk sementara, Larrea ada mengumumka­n beliau mahu menamatkan penggal Villar, yang dijadual berakhir pada 2020.

Agensi Sukan Kebangsaan Sepanyol (CSD) membantah keputusan itu dan ia menyebabka­n amaran dari FIFA, lapor akhbar harian, El Pais.

“Kami boleh mengesahka­n FIFA baru-baru ini menghantar sepucuk surat kepada FA Sepanyol (RFEF) menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai situasi semasa dalam persatuan dan menegaskan bahawa, di bawah Perlembaga­an FIFA, semua anggota persatuan harus mentadbir hal ehwal mereka secara bebas dan memastikan tiada sebarang campur tangan oleh pihak ketiga untuk isu dalaman,” kata satu kenyataan FIFA.

“FIFA berhubung dengan RFEF, dan delegasi bersama FIFA-UEFA akan dihantar ke Madrid tidak lama lagi untuk memantau dan menilai situasi dengan persatuan,” sambung kenyataan.

RFEF dan kerajaan Sepanyolme­negaskanJu­maat lepas di mana Sepanyol akan pergi ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Saya tidak dapat membayangk­an senario itu,” kata Rajoy pada satu sidang media di Brussels. “Saya sememangny­a yakin Sepanyol akan ke Piala Dunia dan akan menang.”

Rajoy berkata menteri sukan Sepanyol telah memberitah­u beliau di mana pihak berkuasa Sepanyol “tidak menerima sebarang komunikasi rasmi dari FIFA tetapi hanya sepucuk surat dari seorang anggota FIFA yang meminta satu pertemuan.”

Villar dilantik semula untuk penggal kelapan sebagai presiden Mei tahun lepas. Beliau sudah mentadbir RFEF selama 29 tahun sehingga ditangkap kerana disyaki mewujudkan satu rangkaian rasuah dalam bola sepak Sepanyol.

Bulan lepas, Luis Rubiales, bekas ketua kesatuan pemain dan sekutu Villar, mengemukak­an usul tidak percaya terhadap Larrea dan dengan sasaran mahu menjadi presiden. Usul itu dijadualka­n diundi pada 16 Januari.

Pada masa yang sama, kabinet Sepanyol, bertindak atas permintaan dari CSD, menuntut pilihan raya baharu RFEF kerana kejanggala­n proses undian pada bulan Mei. FIFA melihat tindakan kabinet itu sebagai campur tangan politik dalam persatuan. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia