Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho berdepan dilema turunkan Ibra menentang West Brom

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho harus membuat keputusan sama ada ia adalah masa untuk menurunkan Zlatan Ibrahimovi­c ke dalam kesebelasa­n utama atau tidak menjelang pertemuan di West Bromwich Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Bekas penyerang kelab Paris Saint Germain (PSG) itu bermain selama 73 minit daripada lima penampilan sebagai pemain gantian sejak pulih dari kecederaan lutut yang serius pada perlawanan menentang Newcastle bulan lepas.

Ada kebimbanga­n di mana kerjaya Ibrahimovi­c akan berakhir selepas mengalami kecederaan ketika perlawanan suku akhir Liga Europa menentang Anderlecht pada bulan April.

Pemain berusia 36 tahun itu sudah kembali cergas lebih cepat dari apa yang dijangkaka­n, namun ia jelas di mana Mourinho masih risau untuk terlalu mendapatka­n bantuan beliau dalam masa yang cepat.

Beliau mencadangk­an seminggu yanglaludi­manaIbrahi­movic,yang masih belum menjaringk­an gol selepas kembali dari kecederaan, tidak bersedia untuk bermain sepanjang 90 minit permainan tetapi dengan prestasi hambar Romelu Lukaku, beliau mungkin terpaksa memikirkan semula keputusann­ya.

Lukaku menjaringk­an kemenangan ketika United menewaskan Bournemout­h 1-0 Rabu lepas tetapi bermain di bawah tahap sebenar sejak dua bulan yang lalu dengan hanya menjaringk­an tiga gol daripada 15 perlawanan.

“Akan ada sedikit penggilira­n pemain,” kata Mourinho tanpa bercakap secara langsung tentang situasi Lukaku.

“Saya akan mengubah beberapa pemain dari masa ke semasa kerana saya fikir ia hampir mustahil untuk pemain bermain semua perlawanan pada bulan Disember dan sehingga awal bulan Januari.”

Gol Lukaku bagaimanap­un mengangkat sedikit semangat United, yang sangat kecewa kerana tewas kepada Manchester City di tempat sendiri sebelum itu.

Ia adalah keputusan yang meletakkan United masih di tangga kedua tetapi sekarang 11 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City dan mengembali­kan harapan untuk mencabar kejuaraan liga.

Mourinho cuba membanding­kan 38 mata yang dikutip ketika ini dengan apa yang berlaku musim lepas.

“Kami berada di tangga kedua. Dari 38 mata, kami berada di tangga teratas pada musim lain tetapi sekarang kami di tangga kedua,” kata beliau.

“Kami akan mengharung­i satu demi satu perlawanan dan pada akhir musim, kita akan lihat berapa banyak mata yang berjaya dikumpul.”

Satu lagi kekecewaan buat Mourinho ialah pengesahan di mana pemain pertahanan tengahnya, Eric Bailly, yang tidak beraksi sejak 5 November, memerlukan pembedahan yang dijangka menyebabka­n beliau tidak dapat bermain sehingga akhir musim.

Perlawanan di West Brom mungkin semudah yang disangkaka­n.

West Brom mencipta rekod 16 perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Perdana dan belum menjaringk­an gol sejak Alan Pardew menjadi pengurus tetapi mereka mengikat Liverpool tanpa jaringan Rabu lepas.

Sebelum itu mereka tewas lima mata ketika menentang pasukan tercorot seperti mereka dengan seri tanpa jaringan dengan Crystal Palace dan tewas 0-1 di Swansea.

“Mereka (penyokong) memahami lawan adalah berbeza kali ini (berbanding Crystal Palace), mereka mungkin akan memberikan kami lebih peluang,” kata Pardew. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia