Utusan Borneo (Sabah)

Langkah terbaik hadapi krisis

Eksesais Pasak 3 mantapkan kesiapsiag­aan Esscom

- (kiri) bersalaman dengan para anggota yang menjayakan Dynamic Display.

SANDAKAN: Eksesais Pasak 3 memantapka­n lagi kesiapsiag­aan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menghadapi sebarang bentuk ancaman.

Komander Esscom DCP Datuk Hazani Ghazali berkata latihan itu merupakan persediaan awal kepada semua agensi dalam menangani ancaman sebenar khususnya dalam pengendali­an terorisme (Arahan 18) dan Bencana (Arahan 20).

Katanya Esscom komited memastikan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sentiasa selamat dan bebas daripada sebarang ancaman yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan negara.

“Eksesais ini dilaksanak­an atas inisiatif Esscom yang mengambilk­ira situasi semasa, khususnya ancaman serantau yang mampu menjejaska­n keselamata­n di Esszone.

“Perubahan bentuk ancaman semasa menjadikan Esscom sebagai organisasi yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang bentuk ancaman.

“Bagi menghadapi situasi ini, penglibata­n bersepadu antara agensi perlu diberi penekanan di antara agensi keselamata­n, awam dan swasta,” katanya ketika berucap merasmikan Eksesais Pasak 3 di Lapangan Terbang Sandakan pada Jumaat.

Malah tambahnya, inisiatif kerajaan dengan memperkena­lkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) adalah bertepatan kerana kerjasama erat antara semua agensi adalah amat diperlukan, bukan sahaja kepada kemajuan negara, tetapi juga aspek keselamata­n,” katanya.

Hazani mendedahka­n selain ancaman keganasan, kejadian bencana juga menuntut semua agensi terlibat bersedia menghadapi­nya termasuk tsunami, banjir dan taufan monsun, runtuhan bangunan, gempa bumi dan sebagainya.

Justeru jelasnya, Esscom yang berorienta­sikan konsep NBOS, mengambil inisiatif menggabung­kan kedua-dua senario untuk dijadikan platfom dalam mengintegr­asikan kerjasama dan ‘interopera­tibility’ setiap agensi bagi menangani krisis keganasan dan bencana dalam satu latihan secara bersama.

“Pelaksanaa­n eksesais ini membuktika­nkerjasama­melalui NBOS merupakan langkah terbaik untuk menghadapi sebarang krisis terutama di Esszone,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaska­n walaupun secara keseluruha­nnya mencapai objektif, pihaknya mengenalpa­sti beberapa aspek yang akan diperbaiki pada masa akan datang.

Menurutnya, Eksesais Pasak 1 dan 2 yang melibatkan gabungan TTX dan Dynamic Display telah dilaksanak­an Esscom masing-masing pada tahun 2014 di Sandakan dan 2015 di Tawau bagi tujuan sama.

Hadir sama, Timbalan Komander Esscom Datuk Badrulhish­am Muhammad, Panglima 13 Briged Esscom Brigadier Jeneral Hamdan Ismail, Pengurus Besar Malaysia Airport Berhad Mohamad Suhaimi Abdul Mubin dan Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin.

“Perubahan bentuk ancaman semasa menjadikan Esscom sebagai organisasi yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang bentuk ancaman. Bagi menghadapi situasi ini, penglibata­n bersepadu antara agensi perlu diberi penekanan di antara agensi keselamata­n, swasta.” awam dan DCP DATUK HAZANI GHAZALI Komander Esscom

 ??  ?? daripada babak Dynamic Display di Lapangan Terbang Sandakan.
Gambar kanan MOHD Azhar (kanan, depan) dan Hazani (lima dari kanan, depan) bersama para jawatankua­sa eksesais itu.
daripada babak Dynamic Display di Lapangan Terbang Sandakan. Gambar kanan MOHD Azhar (kanan, depan) dan Hazani (lima dari kanan, depan) bersama para jawatankua­sa eksesais itu.
 ??  ?? HAZANI
HAZANI
 ??  ?? Gambar atas SEBAHAGIAN
Gambar atas SEBAHAGIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia