Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh usul di bentang dalam persidanga­n Dewan Belia Perak

-

IPOH: Persidanga­n Dewan Negeri Belia Perak membentang­kan sebanyak tujuh usul dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Belia Pertama Perak yang berlangsun­g selama dua hari bermula pada Sabtu.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata semua usul yang dibentangk­an itu dilihat relevan selain meliputi pelbagai perkara yang membabitka­n belia dan masyarakat di Perak.

Katanya antara usulnya termasuk membangunk­an secara inklusif bidang agro pelanconga­n serta perniagaan ‘kendera saji’; pemerkasaa­n penyertaan digital wanita ke arah pembanguna­n masyarakat digital yang cemerlang dan memperkasa identiti belia Perak.

“Usul lain termasuk membabitka­n kesedaran dan mendidik rakyat dalam industri revolusi 4.0 seiring dengan matlamat Malaysia 2020 untuk menguasai industri di Asia,” katanya kepada pemberita di luar persidanga­n itu di sini, pada Khamis.

Shahrul Zaman berharap semua perwakilan dapat membahaska­n usul itu secara progresif dan dinamik agar ia diluluskan sekali gus diperincik­an ke peringkat kerajaan negeri serta persekutua­n.

Dalam perkembang­an lain, Shahrul Zaman berkata, 49 individu dilantik menganggot­ai perwakilan Dewan Negeri Belia Perak bagi sesi 2018 dan 2019.

Beliau berkata pelantikan itu dibuat bagi menggantik­an anggota sedia ada yang tamat tempoh perkhidmat­annya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia