Utusan Borneo (Sabah)

Belia Usia sokong pendirian Malaysia

- (tengah) bersama penduduk kampung yang hadir memeriahka­n sambutan itu.

TENOM: Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) menyokong pendirian Malaysia bagi membantah sekeras-kerasnya tindakan Presiden Amerika Syarikat Donlad Trump mengiktira­t Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel dan akan memindahka­n kedutaan AS ke bandar itu.

Ketua Badan Belia Usia JamawiJaaf­arberkatat­indakan itu merupakan satu campur tangan secara langsung dan ia dikhuatiri akan menyebabka­n berlakunya pergolakan politik di Asia Barat.

“Umat Islam tidak akan berdiam diri dan akan berlakunya tindakan protes serta bantahan tetapi saya khuatir mereka yang berada di dalam kumpulan ekstrem akan turut ambil tindakan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Kampung Jawa Melalap di Masjid Ar Rahman, Kampung Jawa Melalap pada Jumaat.

Hadir sama, Imam Daerah Tenom Haji Jainal @Asaran Amat, pengerusi penganjur yang juga Pengerusi Masjid Kampung Jawa Melalap Sani Awang Ali, Setiausaha Belia Usia Pusat Imam Mohd Taslim Hj Tahir, penceramah jemputan Ustaz Malai Ali Malai Ahmad dan Pengerusi JKKK Jawa Melalap Samat Chinuri.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pemuda Umno Tenom, isu Palestin mendapat perhatian daripada kepimpinan negara dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah bertemu dengan pimpinan parti Fatah turut bertemu pimpinan Hamas untuk mendengar pandangan keduadua parti, berkenaan hal itu.

“Pendirian negara terhadap isu ini kita sokong demi mempertaha­nkan maruah Islam,” katanya.

Beliau berkata penegasan Perdana Menteri yang membantah tindakan AS dan Israel itu mewakili pendirian keseluruha­n masyarakat Islam di negara ini.

Ketikaberu­capmerasmi­kan sambutan itu, Jamawi mengajak umat Islam agar bersatu hati di bawah satu lambang perpaduan dengan menyemai sikap kasih sayang dan bermuafaka­t untuk kemajuan demi agama, bangsa dan negara.

Katanya kepimpinan baginda Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam pembanguna­n umat yang bersatu padu di mana baginda mengambil langkah mempersaud­arakan umat Islam menerusi ikatan ukhuwwah sehingga kaum Aus dan Khazraj yang lama bersengket­a berjaya didamaikan.

“Jika umat Islam bersatu hati berlandask­an ajaran Islam yang sebenarnya sudah pasti musuh Islam tidak akan dapat memecahbel­ahkan perpaduan dan keharmonia­n yang sekian lama terjalin,” katanya.

 ??  ?? JAMAWI
JAMAWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia