Utusan Borneo (Sabah)

PDRM siap sedia hadapi PRU14

Jalani lima fasa latihan amal pra PRU14 di seluruh negara

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam kesiapsiag­aan tinggi bagi menghadapi sebarang cabaran pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA),DatukSeriZ­ulkifli Abdullah berkata anggota pasukan itu sudah melakukan pelbagai persediaan termasuk menjalani lima fasa latihan amal pra PRU14 di seluruh negara bagi memastikan kesiapsiag­aan pasukan itu berada di tahap terbaik.

Beliau berkata latihan melibatkan lima fasa itu meliputi kesediaan sebelum pembubaran Parlimen, semasa penamaan calon, tempoh berkempen, hari pengundian dan kiraan undi serta pasca pilihan raya.

“PDRM mempunyai 130,000 anggota yang akan ditempatka­n di seluruh negara sepanjang proses PRU dijalankan dan jumlah itu mencukupi bagi membantu Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) untuk pastikan kawasan terlibat dalam keadaan terbaik,” katanya selepas menyaksika­n Latihan Amal PRU14 di sini pada Sabtu.

Di Selangor, sebanyak 276 anggota dari ibu pejabat polis daerah-daerah seluruh Selangor melaksanak­an demonstras­i latihan semasa hari keputusan pilihan raya diumumkan yang diadakan di Jalan Dewan, Sabak Bernam.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata ini kerana pelbagai perancanga­n dan latihan khususnya berkaitan perjalanan PRU telah, sedang DATUK SERI ZULKIFLI ABDULLAH

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) dan akan terus dilaksanak­an pihaknya dari semasa ke semasa.

Di Kelantan, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Ismail Mat Sidik berkata pihaknya menjalanka­n senario latihan berkenaan di Kompleks Kota Darul Naim yang menjadi pusat pentadbira­n kerajaan negeri pada masa ini.

Beliau berkata senario latihan itu berdasarka­n situasi menangani kumpulan penyokongd­aripadapar­tiyang menang mahu ‘merampas’ pusat pemerintah­an negeri, namun dihalang penyokong parti yang kalah.

Latihan simulasi sama turut diadakan di Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah, Perak dan Johor bagi menguji kesiapsiag­aan pasukan dan kebolehan logistik pasukan berkenaan dalam mendepani cabaran sebenar.-Bernama

“PDRM mempunyai 130,000 anggota yang akan ditempatka­n di seluruh negara sepanjang proses PRU dijalankan dan jumlah itu mencukupi bagi membantu Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) untuk pastikan kawasan ” terlibat dalam keadaan terbaik

 ??  ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Anugerah Tertinggi Bahrain ‘King Hamad Order for Developmen­t’ oleh Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Shaikh Hamad pada Jumaat.
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Anugerah Tertinggi Bahrain ‘King Hamad Order for Developmen­t’ oleh Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Shaikh Hamad pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia