Utusan Borneo (Sabah)

Teknik ‘couching’ amat bahaya untuk merawat katarak: Dr Hilmi

-

BALIK PULAU: Kementeria­n Kesihatan menasihati orang ramai agar tidak terpengaru­h dengan rawatan ‘couching’ untuk merawat katarak iaitu teknik menolak kanta mata ke dalam rongga vitreus yang dijalankan oleh pihak tertentu dan kini tular di media sosial.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kaedah itu berbahaya dan boleh menyebabka­n pelbagai komplikasi termasuk glaukoma.

“Kalau awak tolak lensa mata itu takut terkeluar daripada sarung dan akan menyebabka­n macammacam berlaku .... Teknik (‘couching’) ini datang dari mana?

“Selama 40 tahun saya dalam bidang perubatan saya tak pernah dengar teknik ini tolak lensa (mata) ke dalam. Kita tidak boleh biarkan perkara ini, amat bahaya,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi amal bermotosik­al dan bantuan keluarga miskin, di sini pada Sabtu.

Baru-baru ini tular di Facebook mengenai iklan perkhidmat­an rawatan mata yang dipercayai berpangkal­an di Kuala Kurau, Perak dan dijadual mengadakan siri jelajah selama tiga hari di Langkawi, Kedah bermula 23 Dis ini.

Dr Hilmi menasihatk­an pesakit yang mengalami masalah mata dan katarak supaya ke klinik atau hospital yang diiktiraf bagi menerima rawatan yang lebih selamat.

Beliau juga berkata pihaknya akan mengarahka­n semua jabatan kesihatan negeri memantau kegiatan tersebut agar tidak terus berleluasa.

Sementara itu, mengulas mengenai isu susu rumusan bayi tiruan, Dr Hilmi berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada ibu bapa mengenai kesan kesihatan terhadap anak mereka yang meminum susu tiruan berkenaan.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia