Utusan Borneo (Sabah)

Nelayan hilang ketika menangkap ikan di Pulau Kukup

-

JOHOR BAHRU: Seorang nelayan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika menangkap ikan di perairan Pulau Kukup dekat Pontian, petang Jumaat.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Johor Bahru Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata Putra Aminurrash­id Zaidi, 21, dilaporkan menangkap ikan bersama dua rakan lain sebelum dipercayai terjatuh akibat hilang keseimbang­an kerana gelombang laut.

“Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Johor Bahru menggerakk­an KM Nipah bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Putra Aminurrash­id sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6.45 petang semalam,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Haris Fadzillah berkata gerakan SAR turut disertai Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta dibantu nelayan tempatan.

Beliau berkata pencarian ditumpukan di kawasan Putra Aminurrash­id dipercayai hilang iaitu lebih kurang 0.2 batu nautika selatan Pulau Kukup.

Katanya operasi yang diteruskan hari ini akan diperluas sehingga 12 batu nautika sekiranya Putra Aminurrash­id masih gagal ditemui.

“APMM memandang serius terhadap sebarang kecemasan di laut dan mengingatk­an kepada semua komuniti maritim agar memaklumka­n APMM dengan segera. Orang ramai disaran menghubung­i talian MERS999ata­uPusatOper­asi Daerah Maritim Johor Bahru di talian 07-2199496 / 0103211066 untuk sebarang aduan kesalahan atau jenayah di laut.-Bernama

 ??  ?? SEORANG nelayan (gambar) hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut akibat hilang keseimbang­an kerana gelombang laut ketika menangkap ikan bersama dua rakan lain di perairan Pulau Kukup dekat Pontian, petang Jumaat.
SEORANG nelayan (gambar) hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut akibat hilang keseimbang­an kerana gelombang laut ketika menangkap ikan bersama dua rakan lain di perairan Pulau Kukup dekat Pontian, petang Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia