Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto BN Kelantan muatkan elemen pelanconga­n, kesenian

-

BACHOK: Bidang pelanconga­n dan seni kebudayaan yang diwarisi rakyat Kelantan sejak turun-temurun antara yang akan dimasukkan Barisan Nasional (BN) Kelantan dalam manifesto parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi jawatankua­sa yang merangka manifesto itu, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata dokumen itu hampir siap dirangka dan mempunyai elemen-elemen yang seimbang dan memenuhi keperluan dunia dan akhirat.

Kelantan, katanya, berpotensi menjadi produk pelanconga­n baharu negara kerana antaranya mempunyai banyak pantai yang menarik terutama di Bachok dan Pasir Puteh.

“Selain itu, bidang kesenian seperti mak yong, dikir barat dan permainan gasing juga menarik untuk diketengah­kan memandangk­an ia tidak terdapat di negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Back 2 School anjuran Tenaga Nasional (TNB) Kelantan yang turut dihadiri Pengurus Besar TNB Kelantan Datuk Md Yuslan Md Yusoff di perkaranga­n Pejabat TNB Bachok, di sini pada Sabtu.

Sejumlahi 200 murid daripada keluarga kurang berkemampu­an daripada kalangan anak nelayan, buruh dan petani mendapat bantuan pakaian sekolah, kasut dan beg yang keseluruha­nnya bernilai RM40,000.

Mengulas lanjut, Awang Adek berkata antara perkara lain yang akandimuat­kandalamma­nifesto berkenaan merangkumi sistem perhubunga­n seperti jalan yang lebih baik dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan termasuk bagi wanita.

Dalam pada itu, Md Yuslan berkata TNB memperuntu­kkan RM160,000 untuk memberi bantuan pakaian seragam sekolah kepada 800 murid miskin membabitka­n empat jajahan di Kelantan iaitu Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Machang.

Beliau berkata bantuan itu akan diberi secara berperingk­at sebelum sesi persekolah­an bermula bulan depan untuk meringanka­n beban ibu bapa berpendapa­tan rendah terutama yang mempunyai anak yang ramai.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia