Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik tanah terbabit pembakaran terbuka di Ulu Yam berdepan tindakan

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan terhadap pemilik tanah yang mempunyai kaitan dengan kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Ulu Yam, Gombak.

Menteri sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tindakan akan diambil menurut Seksyen 29 (A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntu­kkan denda sehingga RM500,000 atau maksimum lima tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan. Di bawah peruntukan ini, pemilik tanah juga boleh dikenakan tindakan sekiranya mendapati pembakaran terbuka berlaku di dalam kawasan tanah miliknya,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Wan Junaidi berkata JAS telah menjalanka­n siasatan di tempat kejadian dan mendapatik­awasankeba­karan terletak di kawasan lereng bukit berhampira­n Jalan Utara Ulu Yam-Gombak yang telah dijadikan tapak pelupusan haram.

Saiz kebakaran dianggar seluas satu ekar (0.4 hektar), katanya.

Beliau berkata JAS sedang memantau kawasan tersebut bagi memastikan tidak pembakaran terbuka baharu di kawasan berkenaan.

Beliau turut mengingatk­an orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan keskessede­mikiankepa­daJabatan Bomba dan Penyelamat atau JAS di talian bebas tol 1-80088-2727.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia