Utusan Borneo (Sabah)

Di taman tamadun

-

namun hal-hal yang lebih umbi harus diserlahka­n oleh para penyair untuk mendalami sirah Rasullah SAW sebagai pembawa rahmat dan merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukka­n jalan yang lurus dan benar.Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarka­n tentang erti persaudara­an, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Para penyair juga boleh mempertegu­hkan mesej Islami mereka mengenai Rasulullah SAW dari sudut politik baginda. Kekuatan politik Nabi Muhammad telah menjadi kuat apabila umat Islam berjaya mengalahka­n orang Quraisy dan menakluk kota Mekah pada tahun 629 Masihi. Dengan kejatuhan Kota Mekah, penyairpen­yair Arab yang mencaci agama Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW dalam puisi mereka merasa gentar dan mulai khuatir tentang hukuman yang bakal diterima.Dengan perubahan politik tersebut, penyair-penyair Arab mulai mengubah sikap mereka dan juga tema-tema puisi yang diciptakan.

Haji Zainal Arifin Abbas dalam bukunya bertajuk Peri Hidup Muhammad Rasulullah S.A.W (1969: 28) menerangka­n bahawa, satu, dua, atau tiga bait syair yang dapat memberikan pujian yang tinggi kepada seorang pembesar dapat menjadikan seseorang itu dipandang mulia dan membuka ruang untuk hidup lebih senang. Sebaliknya, satu, dua atau tiga bait syair yang dikesan menghina para pembesar, khalifah ataupun amiramir dapat mencelakak­an penyairnya.Justeru, bukan sedikit leher penyair yang dipenggal kerana syair gubahan mereka.

Sikap Rasulullah terhadap puisi umpamanya sangat menggalakk­an kerana tindak tanduk Baginda sendiri mencermink­an kegemaran Baginda terhadap puisipuisi bermutu. Pernah dikisahkan dalam suatu perjalanan bersama seorang sahabat, Rasulullah S.A.W. telah meminta sahabat baginda mendeklama­sikan puisi gubahan Umaiyah bin Abi al-Salt, seorang penyair pra-Islam. Apabila sahabat Baginda berhenti bersyair, Rasulullah S.A.W. meminta sahabat tersebut menyambung semula sehingga ke seratus baris. Setelah selesai puisi tersebut dideklamas­ikan, Rasulullah bersabda bahawa di dalam puisi itu, Umaiyah bin Abi al-Salt hampir menjadi seorang Muslim.

Kegemaran Rasulullah S.A.W. terhadap puisi terserlah apabila Baginda menggunaka­n tenaga beberapa penyair Muslim untuk membantu menentang musuh Islam. Antara penyair-penyair tersebut ialah Hassan bin Thabit, Ka’b bin Malik dan Abdullah bin Rawahah.

Hassan bin Thabit dikenali sebagai penyair yang mula-mula mempelopor­i tradisi puisi memuji Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, beliau telah dilantik dan diberi kepercayaa­n selaku penyair peribadi Baginda dalam usaha menangkis sindiran dan kecaman penyair-penyair musyirikin. Rasulullah pernah berdoa kepada Allah yang khusus ditujukan kepada Hassan bin Thabit iaitu, “Ya Allah tetapkanla­h dan kuatkanlah Hassan dengan Ruhul Kudus.” Menurut keterangan seorang sahabat Nabi iaitu Abu Hurairah bahawa, yang dimaksudka­n Ruhul Kudus ialah malaikat Jibril.

Syair yang dihasilkan oleh Hassan ke arah membela dan mempertaha­nkan Rasulullah dari menjadi mangsa ejekan dan penghinaan orang kafir Quraisy terutamany­a dalam menangkis penyair-penyair yang terdiri daripada kaum musyirikin.Dalam peristiwa perang Badar, Hassan telah membela Nabi dari serangan syair kaum musyirikin yang menghina Baginda dan ajaran agama yang dibawa oleh Baginda. Namun begitu, Hassan dapat membalas segala syair mereka secara spontan.

Rasulullah S.A.W pernah berkata kepada Hassan iaitu, “Ejeklah mereka hai Hassan dan Jibril sertaimu.” Hal demikian diperjelas­kan lagi oleh Abul Faradj al Isfihany di dalam kitabnya bertajuk Al A-Ghany yang mengatakan bahawa Jibril telah menolong Hassan dengan tujuh puluh bait syair memuji Rasulullah S.A.W.

Menurut riwayat Imam Abu Daud dari Ummul Mu’minin Aisyah r.a, Rasulullah S.A.W telah mengadakan suatu tempat khas di mimbar Baginda di Madinah bagi Hassan bersyair dengan tujuan membalas penghinaan sekalian musuh yang memomokkan Baginda dan agama Allah. Menurut riwayat Ummul Mu’minin Aisyah r.a, beliau telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, “Itulah dinding antara kita dan orang munafik, tidak ada yang mencintai Hassan melainkan orang yang beriman dan tidak ada yang membenciny­a melainkan orang yang munafik.”

Di dalam Al-Quran Allah SWT telah menegaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhn­ya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (al-Ahzab 21: 670)

Ayat di atas menjelaska­n bahawa, Rasulullah S.A.W. adalah ikutan atau contoh yang baik bagi orang yang beriman iaitu bagi orangorang yang mengharapk­an pahala dari Allah SWT dan mengharapk­an balasan pada hari kemuliaan serta mereka sentiasa mengingati Allah. Pujipujian terhadap Rasulullah S.A.W. yang dijelmakan dalam kesusaster­aan Islam khususnya dalam genre puisi yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Baginda merupakan salah satu usaha para penyair melahirkan rasa kecintaan dan sanjungan terhadap Rasul Junjungan. Secara tidak langsung ia dapat membawa amanat bahawa nilai-nilai terpuji Rasulullah S.A.W. wajar dijadikan panduan dan suri teladan bagi membentuk peribadi Muslim dalam menggerakk­an susastera Islami di taman tamadun sepanjang zaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia